Drama yang paling dinanti-nantikan “While You Were Sleeping” akhirnya telah mengeluarkan teaser pertamanya.
Yang pasti menerusi teaser sahaja dapat disaksikan drama lakonan Bae Suzy dan Lee Jong Suk penuh tragis dan drama bahkan soundtrack juga memukau.
Drama baru ini berkisarkan tentang seorang wanita yang boleh melihat kejadian masa hadapan, dan pada masa yang sama seorang lelaki cuba untuk menghentikannya daripada menjadi realiti.
https://www.youtube.com/watch?v=VIjW65DwCNQ
Satu lagi highlight adalah kemunculan Suzy berambut pendek yang banyak diperkatakan. Dilaporkan, untuk memantapkan lagi watak Nam Hong Joo, Suzy mengambil keputusan memotong pendek rambutnya buat pertama kali sejak debut.
Suzy memainkan peranan Nam Hong Joo, wanita yang boleh melihat masa depan, manakala Lee Jong Suk memainkan watak pendakwa raya Jung Jae Chan.
Nam Hong Joo adalah penganggur sementara yang membantu ibunya di restoran pork belly, miliki kelebihan khas yang tidak diketahui sesiapa, dia boleh melihat masa depan sehingga kesemuanya menjadi kenyataan dalam kehidupan sebenar.
“While You Were Sleeping” akan mula bersiaran pada 27 September 2017.