Rancangan realiti yang ditunggu-tunggu ramai Asia’s Got Talent kini kembali dengan siri yang kedua! Pencarian bakat dari seluruh Asia bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2017 (Khamis) pada 8:30 malam.
Asia’s Got Talent membawakan pelbagai bakat menarik dan luar biasa mewakili 15 negara Asia. Tidak kira umur atau apa jua impian, peserta berjuang mendapatkan hadiah lumayan sebanyak $100,000 ASD. Musim baharu ini bakat seperti silap mata, tarian, nyanyian, alat muzik, seni mempertahankan diri dan banyak lagi.
Para pengadil pula terdiri dari 16 kali pemenang anugerah Grammy dan produser muzik, David Foster , penyanyi antarabangsa, Anggun dan penampilan buat pertama kali artis rakaman multi-platinum, Jay Park.
Jangan lupa untuk tonton Asia’s Got Talent 2 pada 12 Oktober 2017 (Khamis) pada 8:30 malam di siaran AXN (701/ 721 HD).