Bersempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tanggal 16 September ini, rakyat Malaysia boleh membuat pesanan atas talian untuk kesemua menu yang ditawarkan jenama restoran makanan segera kegemaran semua, McDonald’s secara percuma!
Bukan itu sahaja, kos upah penghantaran juga adalah percuma dan tiada had tempahan yang akan dikenakan.
Tawaran ini sah bagi pengguna yang membuat pesanan secara atas talian, baik di laman sesawang rasmi McDonald’s Malaysia mahupun aplikasi telefon pintar yang bisa dimuat turun menerusi Apple App Store serta Google Play Store.
Selain memeriahkan sambutan Hari Malaysia, MacDonald’s juga meraikan Global McDelivery Day serentak di 13 buah negara lain seiring dengan peningkatan dan kejayaan servis penghantaran McDelivery yang ditawarkan lebih 7,800 cawangan di 47 buah negara seluruh dunia.
Jelas Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Operasi di McDonald’s Malaysia, ini adalah salah satu inisiatif yang diketengahkan untuk menghargai semua para pelanggan serta menggalakkan semua untuk menikmati makanan segera kegemaran semua ini bila-bila masa dan di mana jua.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.mcdonalds.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi McDonald’s Malaysia di [www.facebook.com/My.McDonalds]