Hiburan

Anak Perempuan Angelina & Brad Pitt Ini Memang Copy Paste Bapanya!

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Anak Perempuan Angelina & Brad Pitt Ini Memang Copy Paste Bapanya!

Walaupun Angelina Jolie dan Brad Pitt tidak lagi sebumbung dan masih berteka-teki tentang isu penceraian mereka, namun dilihat keluarga besar itu masih lagi menghadiri majlis rasmi dan tampil keluar dikhayalak ramai. 

Media sering kali melihat Angelina membawa 6 orang anak beliau kemana sahaja beliau pergi. Baru-baru ini, Angelina Jolie menghadiri Filem Festival Antarabangsa Toronto untuk tayangan perdana filem terbaru beliau sebagai seorang produser. Seperti biasa kehadiran beliau ditemani Knox, Vivienne, Shiloh, Pax dan Zahara lima orang anaknya dari enam. 

Foto – independent.ie

Menarik perhatian ramai apabila anak perempuan pasangan Jolie-Pitt, Shiloh yang saling tidak tumpah seperti bapanya. Penampilan boyish Shiloh sudah sinonim dengan dirinya. 

Foto – US Magazine

Menurut temu bual Angelina di Vanity Fair pada 2010, sejak usia tiga tahun Shiloh mahu menjadi seperti kanak-kanak lelaki. “Kami memotong rambutnya pendek dan dia gemar memakai pakaian lelaki. Dia fikir dia abang kepada adik-adiknya”

Lihat gambar Shiloh Nouvel Jolie-Pitt dengan Brad Pitt sewaktu muda, 100% copycat! 

Foto – Hindustan Times
Foto – Life & Style
Shiloh dan Brad Pitt semasa kecil. Foto – People

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. 

SUMBER

Komen Anda