Arghhhh periooddd!!
Datang haid bukan sahaja melemahkan tubuh badan kadangkala ia buat seri wajah hilang. Sepanjang minggu datang haid pasti ada yang muka monyok 24/7, masa tidur pun muka masam mencuka. Kesihatan mental dan emosi juga boleh terganggu, asyik bergaduh dengan pasangan dan emosi yang dah macam orang gila. Sekejap happy kemudian moody. Eh, yang mana satu ni?
Namun kitaran haid yang baik juga menandakan anda merupakan seorang wanita yang sejati a.k.a subur. Waktu subur waktu terbaik untuk wanita (yang sudah berkahwin) untuk mendapatkan zuriat. Biasa dikatakan waktu subur wanita ialah seminggu selepas datang haid. Tapi jika anda mempunyai 6 simptom ini, itu juga tandanya anda tengah menghadapi waktu subur.
#1 Keputihan
Mungkin anda perasan tentang perubahan dibahagian kawasan vagina yang mengeluarkan keputihan secara tiba-tiba. Ia kerana badan anda menghasilkan lebih banyak estrogen.
#2 Nafsu meningkat
Ketika pengeluaran hormon progesterone dihasilkan, ia menyebabkan anda rasa bernafsu terutama sekali tentang makanan. Jadi ia perkara normal kalau ada waktu anda selalu berasa lapar, kerana waktu itu waktu paling subur.
#3 Suhu badan tinggi
Ketika badan anda tinggi dengan hormon progesterone, suhu badan boleh meningkatkan. Periksa suhu badan anda pada setiap pagi, pasti ada perbezaan walaupun sedikit.
#4 Sakit dibawah perut
Ramai wanita yang mengadu kadang-kala pernah berasa sakit dibawah perut pada setiap bulan. Sakit itu akibat dari kitaran ovalusi (pengeluaran telur), dimana rahim mengembangkan dan menyebabkan rasa sakit.
#5 Mood tidak menentu
Kalau nak tahu hormon berubah lebih senang, tengok mood anda macam mana. Mood tidak menentu, kejang perut atau perut sedikit buncit itu semua terjadi bila hari subur.
#6 Muka berminyak
Tanda paling ketara ialah bila kulit semakin berminyak atau muka naik jerawat. Simptom ini juga disebabkan penghasilan hormon progesterone yang tinggi.
Jadi tak payah sibuk-sibuk nak kira hari selepas haid, kalau ada jer mood ‘saka’ makan datang itu tandanya memang suburlah! Hehehe…