Tips

Wajib Baca! 8 Perkara Yang Wanita Patut Lakukan Sebelum Usia 30 Tahun

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Wajib Baca! 8 Perkara Yang Wanita Patut Lakukan Sebelum Usia 30 Tahun

Pernahkah anda terfikir apa perkara yang anda patut lakukan sebelum menginjak usia 30 tahun. Ya, cuba tanya soalan itu, apa perkara yang belum anda capai lagi dan teringin untuk melakukannya. Melancong secara solo? Makan malam seorang diri di sebuah restoran? Berhijrah ke tempat baru seperti luar negara atau ke kawasan pedalaman? Jadikan musuh sebagai kawan anda?

Foto – Tumblr

Ini antara pilihan penulis.

1. Melancong secara solo

Foto – International Professional Services

Lakukan perkara ini sebelum anda menginjak ke usia 30 tahun. Kebanyakan orang mempunyai rasa takut untuk berseorangan, apatah lagi ketika bercuti atau melancong. Majoriti juga berpendapat yang bercuti seorang diri akan menjadi momen yang membosankan dalam hidup. Hakikatnya, dengan pergi bercuti seorang diri, anda boleh menentukan ke mana anda ingin pergi dan aktiviti yang anda ingin lakukan tanpa perlu memikirkan pendapat dan keselesaan orang lain.

Baca: 8 Sebab Mengapa Anda Perlu Melancong Seorang Diri Sekali Seumur Hidup

2. Makan malam seorang diri di sebuah restoran

Foto – Prevention

Selalunya anda berteman tetapi kali ini apa kata cuba kelainan. Masuk ke dalam restoran dan pilih tempat yang paling selesa dan pesan makanan, pedulikan orang sekeliling yang memandang anda seorang diri tanpa teman. Percayalah anda dapat nikmati makanan dengan penuh kedamaian dan kepuasan kerana tiada gangguan daripada sesiapa.

3. Jadikan musuh sebagai kawan anda

Foto – The Atlantic

Musuh anda jadikan kawan? Biar betul? Orang yang anda benci dijadikan kawan? Mungkin selama ini anda hanya nampak evil side si musuh tanpa nampak good side. Manalah tahu anda berdua punya citarasa yang sama terhadap sesuatu perkara mungkin boleh tukar pendapat. Tapi mestilah kena caranya.

4. Katakan ‘TIDAK’ kepada sesuatu tanpa beri sebarang alasan

Foto – Stanford University

Jika selama ini anda seorang yang jenis ‘YES PERSON’ mesti susah untuk menjadi ‘NO PERSON’. Apa sahaja orang minta anda lakukan sesuatu mesti anda setuju walaupun anda tidak boleh sebenarnya. For one in your life time, katakan tidak pada sesuatu yang memang tidak boleh anda lakukan dan jangan beri sebab. Confirm anda rasa lega selepas itu.

5. Berhijrah ke tempat baru

Foto – FlipKey

Bukankah ianya suatu perkara yang sangat adventure. Belajar setiap jalan di tempat baru, setiap restoran atau kafe yang terdapat di situ, mesra dan peramah dengan penduduk tempatan, local spots dan banyak lagi. Walaupun terasa asing tetapi anda belajar banyak perkara baru dan pengalaman cukup bermakna.

6. Ajak seseorang keluar date dengan anda

Foto – Martha Stewart Weddings

Mungkin seseorang itu adalah orang yang anda crush selama ini tetapi tidak berani memberitahunya ataupun seseorang yang langsung bukan taste anda. Anda tidak tahu sebarang kemungkinan yang akan berlaku jika tidak mencubanya.

7. Jatuh cinta

Foto – Best Health Magazine Canada

Pernah dengar perumpaan berkawan biar ramai berkasih biar seorang. Inilah masanya anda berkenalan dan berkawan dengan ramai orang, sekurang-kurangnya anda dapat mengenali hati budi seseorang dan menilainya.

8. Lawat saudara-mara yang anda langsung tak pernah jumpa

Foto – KarryOn

Inilah masanya untuk menziarahi saudara-mara yang selama ini anda langsung tidak kenal. Manalah tahu jika suatu hari nanti anda berhijrah ke tempat baru, sebenarnya ada saudara belah ibu atau bapa yang duduk di kawasan itu. Senang sikit hidup anda.

Semoga Gembira Selalu!

Komen Anda