Swarovski’s Crystal Creations Collection mengukir lagi pelbagai figura ikonik unik dari seluruh dunia. Dengan pengalaman selama 120 tahun dalam dunia kristal, Swarovski memperkenalkan variasi figura edisi terhad yang boleh dijadikan koleksi peribadi dan penghiasi dekorasi rumah.
Pilihan setiap figura diselaputi oleh imbasan kristal swarovski…
Star Wars Darth Vader Limited Edition 2017
Peminat siri filem Star Wars wajib mendapatkan figura hero jahat Darth Vader yang disiapkan dari 29,000 set kristal bagi setiap figura dan mengambil masa 120 jam untuk menyiapkannya. Hanya terdapat 300 sahaja Darth Vader terjual di seluruh dunia!
Star Wars – The Force Awakens
Hadiah sempurna buat untuk mereka si peminat Star Wars, pengukir hebat dari Swarovski membentuk karakter ikonik The Force Awakens iaitu BB-8, R2-D2 dan C-3P0.
Hello Kitty Limited Edition 2017 – Brilliant Dreams
Siapa tidak kenal si comel Hello Kitty yang telah menjadi ikon global sejak 4 dekad lalu! Figura Hello Kitty ini ditatahkan batu swarovski berwarna pastel paling cantik. Ianya terhad dengan 150 figura sahaja di dunia.
Lain-lain figura dari Swarovski yang didatangi secara edisi terhad ialah Papili-Luminous Spirit, Mahiri-A Myriad of Colours dan Mandarin Ducks-Sparkling Soulmates.
Lihat sendiri keindahan seni batu permata Swarovski di stor Swarovski berhampiran anda.