Sikap sempoi dan tidak berapa mementing protokal begitu ketara dalam diri Yang Di-Pertua Agong ke-15, Sultan Muhammad V. Baginda juga dilihat sebagai raja yang berjiwa rakyat dan dekat dihati rakyat kerana baginda jelas kelihatan sering mencemar duli di majlis keramaian yang melibatkan rakyat jelata.
BACA: Spontan! Yang di-Pertuan Agong Selamba Minum Air Semasa Bertitah (Video)
Lagi sekali baginda telah mencuit hati ramai setelah tersasul bercakap dalam loghat kelantan dalam titah baginda sempena Sambutan Keputeraan Baginda.
“Baru ni balik kelate, lamo, duduk seminggu, pelek sikit kecek “
Difahamkan baginda cuba memaklumkan yang titah baginda mungkin kedengaran agak berbeza kerana baginda berada di Kelantan selama seminggu.
Boleh pula baginda buat ‘iklan’ sebentar untuk beritahu tentang lidah pelat baginda kerana pulang ke Kelantan. Paling menarik, titah tersebut secara langsung di RTM, kalau ada yang lihat aksi sempoi baginda masa itu mesti tergamam!
Tonton Video Ucapan Mencuit Hati DYMM Sultan Muhammad ke-V