Hiburan

Kenali Bill Skarsgard, Di Sebalik Watak Badut ‘Pennywise’ Dalam Filem IT

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Kenali Bill Skarsgard, Di Sebalik Watak Badut ‘Pennywise’ Dalam Filem IT

Siapa sangka di sebalik watak badut ‘Pennywise’ yang perlu menakutkan kanak-kanak, ia dilakonkan oleh seorang aktor yang masih muda berusia 27 tahun malah tampan bernama Bill Skarsgard.

Wajahnya tanpa mengenakan sebarang solekan untuk watak badut Pennywise yang digambarkan sebagai badut syaitan terlalu kacak sehingga ramai tidak mempercayai malah kagum dengan kebolehan anak muda ini melakonkan watak antagonis tersebut.

Foto – Tumblr

Jom kenali Bill Skarsgard!

Asal Sweden 

Bill Istvan Günther Skarsgård (9 Ogos 1990,  27 tahun) dilahirkan di Vällingby, Sweden.

Foto – NME.com

Keluarga Seni

Bill Skarsgard adalah anak lelaki pelakon Stellan Skarsgård. Nama Bill Skarsgard mungkin tidak semegah nama abangnya, Alexander Skarsgard yang beberapa kali dipilih untuk membintangi filem-filem pecah panggung seperti Battleship, Zoolander 2 dan The Legend Of Tarzan.

Foto – Tom + Lorenzo
Foto – Daily Mail

Divergent Series

Selepas penat lelah, akhirnya Bill menerima tawaran untuk menjayakan watak kecil bernama Matthew menerusi filem terbitan Amerika Syarikat pertamanya, The Divergent Series: Allegiant.

Foto – Geekadelphia

Calon Gantian Untuk Watak Pennywise

Barangkali ramai yang tidak menyangka Bill merupakan calon gantian selepas pelakon Will Poulter menolak tawaran produksi kerana jadual kerjanya terlalu padat.

Foto – Independent

Kacak & Seksi

Watak Pennywise terlalu jijik dan menakutkan tetapi Bill sebenarnya sangat tampan dan seksi. Tak percaya?ihat sahaja koleksi gambar Bill yang mampu membuatkan ramai wanita cair, lebih-lebih lagi dengan tenungan tajam mata redup berwarna hijaunya itu, tergoda semua orang.

Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Fuhhh kacak sungguh Bill Skarsgard ni!

Rujukan : & 2

Komen Anda