Cinta & Perhubungan

Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin di Mekah

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin di Mekah

Terkini, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjelaskan perkahwinan rakyat Malaysia di Arab Saudi adalah dilarang kerana ia melanggar undang-undang negara tersebut.

Beliau berkata perkahwinan di Arab Saudi akan menimbulkan masalah buat pasangan tersebut ketika mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi.

IKLAN
Foto – YouTube

Perkahwinan hanya dibenarkan kepada individu bukan rakyat Arab Saudi yang menetap di sana yang memiliki kad Iqama. Mas Ermieyati berkata perkahwinan di Arab Saudi kini menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Katanya perkara yang menyalahi peraturan Arab Saudi itu telah dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semasa majlis pembentangan mereka.

“Selepas ini pihak kementerian akan mengambil tanggungjawab untuk membendung trend ini dengan memaklumkan mengenai larangan tersebut kepada jemaah atau rakyat Malaysia yang berniat untuk menikah di sana,” katanya.

Mas Ermieyati turut melahirkan kebimbangan mengenai trend melaksanakan umrah secara do-it-yourself (DIY) yang semakin meningkat.

“Umrah DIY adalah menyalahi undang-undang kerajaan Arab Saudi dan perkara ini sedang diteliti di peringkat kementerian kerana umrah cara sebegini mendatangkan risiko yang tinggi kepada jemaah sekalipun kosnya adalah rendah.

Foto – Daily Pakistan

Sementara itu beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan lesen khusus bagi syarikat yang menjalankan pakej umrah dan ziarah yang dikenali sebagai Lesen Khas Umrah (LUK) pada 3 Oktober ini.

“Pada masa ini kami dalam peringkat akhir persiapan lesen ini termasuklah pengenalan kepada sistem pengurusan jemaah umrah yang dikenali sebagai Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS),” jelasnya lagi.

Beliau berkata dengan pengenalan LUK, ia dapat memperkemaskan industri umrah dan haji di Malaysia dan menutup ruang operasi syarikat tanpa lesen dan umrah DIY daripada berlarutan.

SUMBER

IKLAN