Telefon pintar bukan lagi mendampingi manusia sebagai aksesori semata-mata kerana ia kini merupakan satu keperluan wajib yang mesti dimiliki semua individu.
Hari berganti hari pelbagai jenis telefon pintar yang ditawarkan di pasaran dan semuanya memiliki ciri tersendiri yang mampu memenuhi personaliti dan gaya hidup seseorang.
Huawei adalah jenama yang sudah lama menapak dalam bidang teknologi komunikasi sejak 1980 lagi dan kini tampil dengan pelbagai model telefon pintar terbaik yang berskrin lebar serta dilengkapi kamera dengan fungsi seiring trend untuk menarik minat pengguna hari ini.
Baru-baru ini, Huawei ada mengeluarkan satu lagi model telefon baharu dipanggil Huawei Nova 2 Plus.
Seperti biasa, telefon pintar terkini akan dilengkapi kamera namun ada kelainan dengan kamera dua lensa di belakang milik Huawei Nova 2 Plus ini.
Jom lihat apa lagi keistimewaannya!
#1 Kamera Hadapan Lebih Cantik!
Jika rekaan Huawei Nova 2 Plus ini sudah bergaya dengan reka bentuk mewah diliputi saduran logam metalik pada keseluruhan badan telefon, sudah tentulah ia perlu dilengkapi dengan ciri profesional kan?
Buat pengguna yang gemar mengambil video atau gambar selfie, kamera hadapan Nova 2 plus adalah to die for!
Biarpun berada di kawasan kurang cahaya, ia mampu membuatkan foto-foto yang diambil menggunakan kamera hadapan secantik hasil tangkapan kamera sebenar. Paling best, ada gesture control juga! Tunjuk je tapak tangan pada kamera, tak perlu tekan butang untuk snap gambar lagi lepas ni.
Tonton Tutorial Gunakan Tetapan Gesture Control
https://www.youtube.com/watch?v=LUiRxKnFPlM
Pantulan warnanya pula adalah sangat terang dan jelas buat wajah kelihatan halus dan cantik serta-merta without trying too hard. Tak perlu susah-susah edit pun! Lepas je rakam gambar guna kamera depan Nova 2 Plus ni dah boleh terus muat naik dalam media sosial sebab gambar memang akan cantik! Senang kan?
#2 Skrin Gergasi Janjikan Kepuasan
Lensa hadapan 20MP. Jika hendak diukur dengan telefon-telefon android yang lain, ternyata skrin paparan Nova 2 Plus ini lebar dan besar, sesuai buat pengguna yang gemar menonton video, filem mahupun bermain permainan interaktif. Dimensi pikselnya juga terang dan jelas buatkan pengguna terasa realistik. Barulah syok untuk menonton mahupun bermain permainan interaktif!
#3 Kamera Belakang “Berkembar” Hasilkan Foto Unik
Lensa belakang 12MP + 8MP. Biarpun lensa belakang telefon ini kelihatan berkembar, namun setiap lensa memiliki fungsi yang berbeza di mana satu lensa akan mengawal fokus objek yang berada pada jarak jauh manakal satu lagi akan bertindak sebagai lensa lebar (wide lens) agar foto-foto yang diambil lebih versatile, menyerupai keadaan sebenar padangan mata manusia.
Siap ada profesional potrait mode untuk hasilkan efek bokeh serta depth-of-field.
#4 Bateri Dapat Bertahan Lama!
Penggunaan internet, aplikasi serta kamera yang banyak buat telefon cepat kehabisan bateri namun tak usah risau kerana dengan kapasiti sebanyak 3340mAh pada nova 2 plus ini, ia bisa digunakan selama 113 jam dalam keadaan stanby, bisa bertahan selama 15 jam jika terus menerus diguna untuk melayari internet, tahan 72 jam jika mendengar muzik, 17 jam jika membuat panggilan telefon serta 7 jam jika merakam video. Hebat kan?!
#5 Pembesar Suara Yang Realistik
Jauh berbeza dengan telefon milik penulis dari jenama #$$#^!@#, penulis dapat pembesar suara nova 2 plus lebih jelas dan realistik bunyinya, tidak pecah alunan muzik biar didengar dengan telinga tanpa menggunakan sebarang alat bantuan mendengar seperti earphone mahupun headphone. TERBAIK!
Huawei Nova 2 Plus ini hadir dalam tiga warna pilihan Aurora Blue, Grpahite Balck dan Prestige Gold. Harga pasaran yang ditawarkan adalah RM1,999 seunit. Untuk keterangan lanjut mengenai Huawei Nova 2 Plus, sila klik [huawei.com/my/nova2plus]
HUAWEI BEST WEI! ❤️