Berita & Isu Semasa

Prince George Sedikit Gementar, Hari Pertama Masuk Sekolah

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Prince George Sedikit Gementar, Hari Pertama Masuk Sekolah

It’s his first day of school!

IKLAN
Sumber: AFP

Prince George semalam (Khamis, 7 September) sempat menjejakkan kaki buat kali pertamanya ke sekolah bersama bapanya, Prince William namun tidak disertai Kate berikutan tidak berapa sihat.

Menurut CNN, Kate Middleton yang sedang hamil anak ketiga kini sering mengalami beberapa gejala morning sicknes termasuklah mual dan muntah-muntah.

Sumber: AFP

Hadir ke sekolah sambil ditemani bapa tercinta, Prince George yang kini baru berusia 4 tahun kelihatan tidak kekok walau bakal menempuh alam baharu sebagai seorang murid pra-sekolah.

Memegang erat tangan si bapa, sebuah foto melihatkan William memimpin Prince George memasuki perkarangan Thomas’s Battersea iaitu sebuah sekolah swasta di Selatan London melibatkan kos bayaran pembelajaran sekitar RM96,819 setahun.

Sumber: Vanity Fair

Memakai pakaian seragam rona biru laut, George tenang berjabat tangan dengan pegetua sekolah, Helen Haslam sebelum meneruskan sesi persekolahan meskipun sedikit malu dan gementar pada mulanya.

Sumber: PA

Untuk pengetahuan semua, sekolah tersebut adalah sekolah elit, diiktiraf kebanyakan ibu bapa yang mahukan anak mereka memperoleh pendidikan Bahasa Inggeris terbaik biarpun meliputi kos pembelajaran yang agak tinggi.

Foto: AFP/Getty Images

George adalah anak sulung kepada pasangan diraja Britain, Prince William dan isterinya Kate Middleton sebelum kelahiran anak kedua mereka, Princess Charlotte, 2 tahun. Empat hari lalu, pasangan tersebut mengejutkan dunia dengan berita kehamilan anak ketiga.

Sumber: Vogue

Baca berita lanjut tentang kehamilan ketiga Kate [di sini].

IKLAN

SUMBER