Nampaknya keluarga besar Kardashian bakal bertambah dengan ahli keluarga baharu!
Dikhabarkan kini bayi yang sedang dikandung oleh ibu tumpangan bakal lahir pada Januari hadapan. Kim dan Kanye mengambil keputusan untuk mengupah ibu tumpangan kerana kesan placenta accreta yang dialami oleh Kim. Dimana pembuluh darah plasenta tumbuh terlalu dalam dinding rahim sekaligus boleh menyebabkan bayi susah dilahirkan dan boleh membawa maut.
Disebabkan itu Kim melepaskan rasa ingin mengandung dan baginya cukup dengan pengalaman melahirkan dua anak iaitu North dan Saint. Namun itu semua tidak mustahil bagi Kim untuk membesarkan lagi ahli keluarganya.
Individu yang menjadi ibu tumpangan bagi anak selebriti ini dijaga rapi oleh Kim dari segi rejim pemakanan dan diet. Menurut dari laporan TMZ, ciri-ciri ibu tumpangan kepada bayi baru mereka ialah wanita berusia 20 tahun berketurunan Africa-Amerika dan sudah berkahwin serta mempunyai dua orang anak lelaki.
Bayaran sebanyak $45,000 ASD telah dibayar, Kim dan Kanye melarang wanita itu dari merokok, minum alkohol dan mengambil sebarang dadah semasa hamil. Pasangan itu juga meletakkan syarat ibu tumpangan tersebut tidak boleh makan ikan mentah, mewarnakan rambut atau berendam dalam tab panas.
Pasti seluruh keluarga Kardashian tidak sabar menanti ahli baru mereka ini kan? Tahniah Kim dan Kanye West!