Review - Kecantikan

Berbaloi Ke Pakai Setting Spray Harga RM155 Ini?

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Berbaloi Ke Pakai Setting Spray Harga RM155 Ini?

Individu yang memang berpengetahuan tentang dunia mekap tidak asing lagi dengan langkah demi langkah dalam menyempurnakan sesebuah solekan. Dari langkah face prep sehinggalah semburan setting spray semua didalam kepala. Tapi pada anda yang baru hendak tahu tentang apa itu setting spray. Jemput baca artikel ini dulu…Kenapa Wajib Pakai “Setting Spray” Lepas Mekap?

Fungsi setting spray itu sendiri untuk mengekalkan mekap atau memperbaiki mekap selepas beberapa jam. Sebagai peminat mekap, penulis sendiri mempunyai favourite setting spray iaitu Prep + Prime Fix + dari Mac Cosmetics. Semburan dari Fix + memang menyegarkan dan baik dalam mengawal minyak muka. Tapi hari ini penulis bukan hendak bercerita tentang favourite produk penulis tapi setting spray yang tengah hangat diperkatakan Too Faced Hangover 3-in-1 Replenishing Primer & Setting Spray. Amboi panjangnya nama… 

Foto – arkib Wanista.com

Penulis cukup teruja untuk menggunakan setting spray ini kerana ia dicipta bebas silikon (pori-pori tidak akan tersumbat), bebas alkohol (tidak mengeringkan kulit) dan bebas minyak

Foto – arkib Wanista.com

Menariknya lagi, produk ini menggunakan bahan probiotik, air kelapa dan mencerah kulit tampak berseri. Setiap semburan dari setting spray beri bau segar kelapa umpama anda berada di pantai. Ikuti pengalaman penulis sepanjang menggunakan Too Faced Hangover 3-in-1 Replenishing Primer & Setting Spray.

Janji Too Faced Hangover 3-in-1 Setting Spray VS Pendapat penulis….

Foto – arkib Wanista.com
  • 100% lebih mudah mengaplikasi mekap

Mana-mana setting spray yang boleh diguna sebagai primer memang anda terpaksa tunggu untuk ia kering dan menyerap ke dalam kulit dahulu berbanding primer berkrim. Yup, aplikasi bedak asas selepas menyembur Too Faced Hangover Setting Spray lebih mudah dan bedak asas blend dengan sempurna

  • 100% kulit lebih lembap

Sangat melembapkan kulit. Sejujurnya dari penulis, pada anda yang mempunyai kulit kombinasi atau berminyak ianya kurang sesuai. Selepas 4 jam, muka penulis sudah berminyak dan solekan mula bercapuk. Sama juga ketika penulis mengenakan tanpa sebarang solekan, kulit penulis lebih berminyak! 

Penulis bawa kemana sahaja. Foto – arkib Wanista.com
  • 100% mekap tidak hilang

Hmmmm…penulis tidak tahu jika ini hanya gimik semata-mata. Mekap penulis tetap melekap juga di tisu atau tuala, ini semua sebab reaksi kulit berminyak dan kelembapan dari produk. Penulis not in love langsung dan mekap kekal lama? #NO

  • 100? mekap lebih tampak flawless

Semburan akhir Too Faced Hangover 3-in-1 Setting Spray memang beri efek mekap tampak lebih flawless namun selepas beberapa jam..mekap mula bercapuk sebab ia terlalu lembap untuk kulit berminyak penulis. 

Patut ke penulis bertukar kepada Too Faced Hangover 3-in-1 Setting Spray?

Foto – arkib Wanista.com

Bukan untuk membandingkan produk, tapi penulis tetap setia dengan setting spray Fix + Mac Cosmetics kerana:

  1. Too Faced Hangover berharga RM155 untuk 120ml, manakala Fix + Mac Cosmetics hanya RM100 untuk 100ml. 
  2. Too Faced Hangover kurang sesuai untuk kulit berminyak penulis dan tidak digalakkan menggunakannya. 
  3. Penulis lebih gemar menggunakan primer jenis krim berbanding semburan. 
  4. Penulis bukan peminat dengan bauan kelapa, wangian dari setting spray ini boleh buat hidung penulis tidak selesa. 

Namun, penulis cadangkan setting spray ini untuk mereka yang kulit kering dan sensitif kerana ia mengandungi bahan probiotik yang baik untuk merawat masalah kulit sekaligus menjaga solekan. Apa pun ia bergantung pada minat dan kesesuaian kulit kita juga, cuba dahulu di mana-mana stor Sephora berdekatan anda untuk merasai sendiri produk ini. Selamat mencuba! 

Komen Anda