Bila cakap pasal shopping biasanya memang kaum wanita yang beria-ria betul tak?
Kalau awal bulan tu memang syok buat “aktiviti tabur duit”… maklumlah gaji baru masuk. Tapi bila sampai tengah bulan hendak tunggu ke hujung bulan tu, tuhan je tahu betapa sesaknya kita.
Untuk orang yang berpendapatan lumayan dengan gaji yang tinggi sekurang-kurangnya melebihi empat ribu ke atas, mungkin agak selesa untuk mereka pergi membeli-belah pada bila-bila masa. Tetapi membayangkan kita yang berpendapatan serdehana dengan gaji yang tiga ribu ke bawah ni, memang banyak komitemen yang harus didahulukan meskipun bujang dan baru sahaja bekerja seperti penulis sendiri. Mana hendak bayar insuran, beri sedikit pada mak ayah, simpanan masa hadapan, duit makan dan duit travel ulang-alik pejabat setiap hari lagi… Tinggal apa lah sangat? Itu pun nasib baik penulis masih tinggal di rumah keluarga dan tak perlu bayar sewa.
Fakta! Individu yang tinggal di bandar tetapi kadar gaji bulanan adalah RM3600 sudah dikira ‘miskin bandar’ tau?
Untuk anda yang sering berkira-kira untuk membeli keperluan sampingan seperti baju, pakaian dalam mahupun barang kecantikan serta keperluan rumah, ini Wanista senaraikan beberapa pesta jualan murah serta jualan gudang yang berlangsung sepanjang September ini! Jom shopping!
#1 Pakaian Dalam Wanita Neubodi
Neubodi adalah jenama pakaian dalam terkemuka. Jualan gudang ini menawarkan potongan harga sehingga 80% untuk setiap helaian pakaian dalam termasuklah seluar dalam wanita, baju dalam wanita, pakaian tidur serta korset.
Bermula serendah RM15 hingga RM59 setiap satu. Siapa yang pakai bra yang dawainya dah terkeluar, seluar dalam koyak rabak tu cepat-cepat serbu jualan gudang Neubodi ni.
Tarikh: 8 – 10 September 2017
Masa: 10am – 7pm
Lokasi: Millennium Room di The Club, Bukit Utama Golf Resort
#2 Barang Berjenama Zara, Marks & Spencer dan banyak lagi!
Ini masanya anda miliki barangan berjenama pada harga murah kaw-kaw! Setiap item ditawar dengan potongan harga hingga 90% untuk barangan berjenama seperti Zara, Mango, Levis, Ralph Lauren, Timberland, Armani Exchange, Mark & Spencer dan banyak lagi.
Jangan terkejut, item juga ada yang ditawarkan pada harga serendah RM5!
Tarikh: 7 – 10 September 2017
Masa: 10am – 10pm
Lokasi: Atria Shopping Gallery, Aras 3 Dynasty Dragon, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
#3 Keperluan Rumah Akemi
Nak cari langsir, cadar, toto dan bantal baru? Akemi ada buat jualan gudang besar-besaran sehingga Ahad ini.
Tarikh: 7 hingga 10 September 2017
Masa: 10am – 10pm
Lokasi: Tingkat 2, Event Hall, Pearl Point Shopping Mall, Kuala Lumpur
#4 Barangan Keperluan Pejabat Becon Stationery
Sesiapa yang mencari-cari produk atau keperluan pejabat seperti kertas, printer elektronik, fail mahupun alat-alat tulis, ini lah masanya untuk anda beli semuanya pada harga gudang!
Bagi syarikat yang mahu melengkapkan inventori di pejabat pun boleh juga!
Tarikh: 5 – 8 September 2017
Masa: 9am – 6pm
Lokasi: Becan Stationary cawangan BukitTinggi & Balakong
#5 Pakaian Lelaki Polo & Fila
Dapatkan item serendah RM5! Sertai kemeriahan jualan gudang Polo Haus dan Fila kali ini.
Tarikh: 7 hingga 10 September 2017
Masa: 10am – 7pm
Lokasi: Kawasan Perindustrian Kg. Baru Balakong, Seri Kembangan. Lot 1897B, Jalan KPB 9.
#6 Barangan Bayi LittleWhiz
Bagi ibu bapa mahupun pasangan yang bakal dikurniakan cahaya mata tidka lama lagi, yang sedang berkira-kira membeli keperluan bayi tersayang, inilah masanya untuk anda pulun mencari item bayi terbaik pada harga murah!
Antara jenama yang terlibat adalah Bumble Bee, Philips Avent, Combi, Diono, EasyWalker, Koopers, Maxi-Cosi, Tommee Tippee, Coby Haus, Autumnz dan banyak lagi!
Tarikh: 29 September – 1 Oktober 2017
Masa: 10am – 5pm
Lokasi: 28-G, 28-1 & 28-2 Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Seksyen U13 Setia Alam 4017 Shah Alam Selangor.
#7 Perhiasan Rumah SSF
Memang raya dah lepas, tapi tak salah kalau anda hendak menukar wajah kediaman dengan seleksi barang perhiasan yang elegan dari SSF.
Nikmati diskaun terbaik untuk produk SFF terpilih yang terdiri dari set perabot, perhiasan rumah, katil, peralatan dapur, karpet dan banyak lagi sehingga 70%!
Tarikh: 6 September – 3 oktober 2017
Masa: –
Lokasi: Di semua cawangan SSF seluruh Malaysia
#8 Jualan Murah Beg Tangan Berjenama
Dah lama tak bertukar beg tangan? Tunggu apa lagi? Jom ke Subang Parade hujung minggu ni untuk cari beg tangan branded yang sesuai dengan anda!
Lebih murah dari harga biasa pula tu!
Tarikh: 6 – 10 September 2016
Masa: 10am – 10pm
Lokasi: Subang Parade, LG (berdekatan bakeri Komugi) 5, Jalan Kemajuan Subang &
Jalan SS16/1, SS 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
#9 Guardian x Maybelline Superbold Exchange
Nak gincu dan maskara Maybelline secara percuma?
Apa kata hari Sabtu ini, bawa mana-mana gincu atau maskara terpakai untuk ditukarkan dengan gincu Maybelline Loaded Bolds atau Push Up Angel Masakra SECARA PERCUMA! Hanya di Guardian Mid Valley!
Tarikh: 9 September 2017
Masa: 12pm – 3pm
Lokasi: Guardian Mid Valley berdekatan laluan jejantas ke KTM.
#10 Jualan Penghabisan Stok Peranti Apple
Kunjungi pesta jualan penghabisan stok di Mac City untuk dapatkan iPhone, iPad, Macbook dan semua aksesori dan peranti jenama Apple pada harga terendah! Sementara stok masih ada.
Tarikh: Sekarang hingga 10 September
Lokasi: Mac City cawangan 1 Utama & Setapak Central
#11 Barangan Sukan Berjenama
Dapatkan segala barangan dna aksesori suka termasuklah pakaian, kasut, beg dan banyak lagi dari jenama terkemuka seperti Nike, Li-Ning, McDavid dll pada harga gudang!
Tarikh: 10 Ogos hingga 12 September 2017
Masa: 12pm – 9pm
Tempat: Citta Mall, S-20 hingga S23, Tingkat 2.
#12 Jualan Gudang Parkson
Pelbagai produk dan barangan ditawarkan pada harga yang sangat rendah!
Tarikh: 30 Ogos hingga 10 September
Tempat: Parkson cawangan Klang Parade
#13 Jualan Gudang Toys R Us
Mencari hadiah untuk si cilik mahupun permainan menarik untuk dikumpul bagi yang mempunyai hobi mengumpulan permainan edisi terhad, jom serbu Toys R Us cawangan Summit USJ!
Tarikh: 11 Ogos hingga 9 Oktober 2017
Masa: 10am – 10pm
Tempat: Toys R Us, Summit USJ
#14 Penghabisan Stok Hush Puppies
Kunjungi pusat beli-belah 1st Avenue untuk dapatkan barangan berjenama Hush Puppies dengan potongan harga hingga 70%! Pakaian, kasut, beg tangan, bagasi dan pakaian dalam, semuanya murah belaka!
Tarikh: 25 Ogos hingga 10 September 2017
Tempat: 1st Avenue, LG Main Atrium
Selamat membeli-belah semuanya! ❤️?