Siapa peminat durian?
Kini #GrabDurian kembali lagi! Grab memberi peluang kepada peminat durian menikmati kelazatan Durian D24 yang dihantar ke depan pintu rumah mereka serendah satu mata GrabRewards untuk ahli Platinum dan 200 mata GrabRewards untuk pengguna biasa, mulai Sabtu (9 September) 11 pagi hingga 7 malam sahaja.
Apa yang perlu dilakukan adalah semua pengguna mengumpul sebanyak mungkin mata yang boleh dengan menempah lebih banyak perjalanan dan menggunakannya untuk menebus Raja Buah berkenaan.
“Setiap RM1 yang dibelanjakan untuk perjalanan secara tunai membolehkan pengguna Grab mendapat 5 mata, manakala mereka yang membayar melalui GrabPay akan menerima 10 mata bagi setiap RM1. Lebih banyak perjalanan yang dibuat melalui GrabPay, bermakna lebih pantas para pengguna boleh meningkatkan jumlah mata yang dikumpul.
Bukan sahaja di Lembah Klang, kini Grab memperluaskannya kepada peminat durian di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.
Jadi, semua pun boleh makan durian di mana sahaja!
Untuk info lanjut, layari laman web rasmi www.grab.com.my.