Big Bang Merdeka!
Baru-baru ini, jenama jam tangan mewah Hublot tampil memeriahkan sambutan Kemerdekaan ke-60 Malaysia dengan melancarkan seutas rekaan edisi terhad dipanggil Big Bang Merdeka dengan kerjasama The Hour Glass.
Hanya terdapat 60 utas istimewa buat 60 pembeli bertuah bersempena Kemerdekaan negara, rekaan eksklusif ini mencerminkan keperibadian Malaysia serta diinspirasi dari Jalur Gemilang.
Hadir dengan perincian tali jam bertekstur kulit buaya rona biru, ia juga dihiasi jahitan keemasan yang disunting dari warna kuning mewah pada simbol bulan sabit serta bintang pecah 14 yang melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning itu sendiri melambangkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Jam tangan Big Bang Merdeka ini hadir dengan kuasa HUB 4100 caliber dan rizab kuasa selama 24 jam. Dail yang berdiameter 44mm dikurung dalam rumah kaca seramik jenis nilam anti-pantulan.
Inovasi edisi terhad Big Bang Merdeka boleh dibeli dari Hublot Boutique, KLCC dan di semua butik The Hour Glass seluruh Malaysia.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.hublot.com]