Charles & Keith mengilhamkan kehidupan laut yang misteri dalam editorial sempena koleksi Fall/Winter 2017. ‘Mystical Creatures’ idea konsep dari Filippo Del Vita yang membawa kisah Nereids didalam mitologi Greek iaitu simbol kecantikan dan keindahan dalam laut dalam.
Didalam fotografi ini juga, ia memperkenalkan pelbagai siri kombinasi suai padan gaya. Dari pilihan kasut, tekstur fabrik dan unik pencirian.
Selain itu, aksesori dari batu permata yang terpampang di clutch dan beg tote dijadikan sebagai tumpuan utama dalam rangkaian stail.
Dapatkan koleksi baharu Charles & Keith di butik berhampiran anda.