Ikon global Priyanka Chopra yang kian sibuk menempa nama di Hollywood menggegarkan muka depan majalah Vogue India dengan gambar-gambar yang sensual. Seiring dengan jolokan seksi terhadap dirinya, Priyanka tidak segan silu menayang bahagian dada dan kaki yang terdedah.
Solekan smokey eyes dan bibir dioles lipstik merah membuat muka depan majalah itu sangat mencuti perhatian. Bukan itu sahaja, tajuk ‘The Unstoppable Priyanka Chopra’ khas untuk beliau yang tidak pernah berhenti mengejar bakat beliau dalam dunia seni.
Busana yang dipilih dalam pengambaran ini lebih kepada gaun malam pendek dengan butiran labuci seperti ala parti di Hollywood. Potongan rambut Priyanka yang baru dipotong baru-baru ini membuatkan beliau tampak lebih fresh di setiap gambar. Didalam majalah tersebut Priyanka juga berkongsi pengalaman tentang kehidupan barunya di Amerika Syarikat dan kisah silam beliau yang pernah di buli semasa zaman persekolahan.
Apa pendapat anda dengan penampilan Priyanka dalam cover ini? Bagi pendapat penulis ia agak sedikit seksi dari biasa dan wow!