Hiburan

Paling Cantik, Paling Laku! 5 Jelitawan Ini ‘Dominasi’ Dunia Iklan

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Paling Cantik, Paling Laku! 5 Jelitawan Ini ‘Dominasi’ Dunia Iklan

Kalau dekat Malaysia, siapa selebriti tempatan yang boleh dikatakan muka ‘dia’ sahaja yang kuasai iklan? Mungkin tidak ada tetapi industri pengiklanan negara ginseng Korea Selatan didominasi oleh 5 wanita ini.

Kenapa mereka terpilih? Ini sebabnya!

Foto – Tumblr

Yoon Seol Hee, pakar ejen mendedahkan sebab 5 wanita ini mendominasi dunia iklan.

“Bintang-bintang ini mempunyai imej yang sesuai dengan dunia pengiklanan.

Jun Ji Hyun, Suzy, Kim Ji Won sudah memiliki pengalaman kerana mereka telah melakukan iklan sejak debut lagi. Manakala Seo Hyun Jin, Seolhyun masih lagi baru dalam dunia pengiklanan tetapi imej yang ditonjolkan sangat segar dan menarik.

Bahkan mereka semua mempunyai rekod bersih yang tidak tercemar oleh skandal dan kontroversi.”

Siapa antara ratu iklan itu?

Jun Ji Hyun

Jun Ji Hyun dinamakan sebagai ratu iklan dengan lebih daripada 11 kontrak menjadi miliknya.

Suzy

Si cantik ini berada di mana sahaja. Suzy dilaporkan memiliki kontrak jangka panjang yang tidak berkesudahan.

Seolhyun

Rata-rata syarikat mengagumi etika dan profesional bersama daya tarikan seksinya.

Seo Hyun Jin

Menandatangani pelbagai kontrak selepas kejayaan drama hebatnya, Another Oh Have Young.

Kim Ji Won

Sama seperti Seo Hyun Jin, Kim Jin Won menjadi pilihan selepas kejayaan drama lakonannya.

Penulis rasa mereka semua nampak comel dalam iklan…. 

RUJUKAN

Komen Anda