Review - Filem

[Review Filem] IT 2017: Bila Badut Yang Disangka Teman Menjadi Jelmaan “Setan”

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Review Filem] IT 2017: Bila Badut Yang Disangka Teman Menjadi Jelmaan “Setan”

“If you come with me, you’ll float too…”

Umumnya seperti yang kita semua tahu, Warner Bros. tidak pernah menghampakan peminat filem seantero dunia kerana selalu sahaja berjaya menambat hati semua dengan karya-karya wayang terbaik.

Sumber: Pinterest

Semalam, arus darah penulis mengalir laju sepanjang tayangan pratonton filem seram berjudul IT yang diadaptasi dari novel epik Stephan King.

Penuh dengan kejutan dari awal hingga akhir, buat julung kalinya penulis berasa puas setelah kecewa dengan filem Anabelle Creation bulan lalu.

BACA: [Review Filem] Anabelle Creation: Yang Disangka Anak Rupanya “Jembalang Hitam”

Secara jujurnya penulis belum pernah menonton siri mini IT arahan Tommy Lee Wallace yang pernah diterbitkan sekitar tahun 1990 dahulu, namun penulis yakin bahawa IT 2017 arahan pembikin filem Argentina, Andrés Muschietti ini adalah lebih berkualiti dan mengujakan. Memang pecah panggung lah senang cerita!

Sumber: Pinterest

Berkisarkan tentang seorang abang bernama Bill yang sangat mengasihi adiknya, Georgie.

Pada suatu hari, keseronokan akhirnya bertemu kesedihan apabila adik yang dibiarkan main berseorangan dalam hujan hilang tanpa jejak. Dari situlah bermulanya pengembaraan Bill bersama rakan karibnya yang lain mencari jalan untuk merungkai misteri kehilangan ramai kanak-kanak di kawasan kejiranan kecil Derry daerah Maine, Amerika Syarikat yang berlaku setiap 27 tahun sejak dahulu.

Tonton Trailer IT 2017

Berharap untuk menemui kembali adiknya, Bill mengorbankan cuti musim panas (sepatutnya digunakan untuk berseronok) dengan mengajak teman-teman lain termasuklah Baverly, Eddie, Stanley, Mike, Ben dan Richie sama-sama mencari kebenaran yang kemudian membawa mereka kepada beberapa siri penampakan entiti badut berwajah sinis yang dipanggil Pennywise atau The Dancing Clown yang gemar makan budak.

Sumber: Pinterest

Menurut penulis, jalan penceritaannya laju dan realistik seolah membawa jiwa penonton turut serta dalam pengembaraan ngeri tersebut. 

Biarpun penuh dengan babak yang buat kita tersentak sehingga “rasa nak mati”, pengarah bijak selitkan dialog berunsur komedi. Memang banyak scene yang buat penonton ketawa berdekah.

Bila wujudnya jenaka dalam seram, barulah seimbang kan?

Sumber: Pinterest

Tujuh sekawan yang sering dibuli menamakan kumpulan mereka sebagai The Loser’s Club ini juga tersangatlah serasi! Masing-masing pandai bawa watak dengan cara tersendiri buat kita rasa tak jemu nak tengok telatah dan gelagat mereka.

Sumber: Entertainment Weekly

Ada yang penakut, ada yang gemar tunjuk hero, ada yang alah dengan kotoran (ocd), ada yang gemuk tapi punya ‘hati bunga’ dan ada juga si tukang karut yang suka benar membebel! Setiap seorang dari mereka memang berhak dapat anugerah dan tercalon sebagai pelakon kanak-kanak terbaik. ?

Sumber: Pinterest

Biarpun tayangan IT 2017 ini berdurasi selama dua jam, penulis langsung tak terasa lama dek terlalu asyik menghayati perjalanan isi plot yang menarik. Namun hanya ada satu kekurangan kerana sampai ke akhir, penulis tidak dapat meneka asal-usul si badut Pennywise. Bahkan, penulis juga tidak pasti apakah spesis makhluk IT ni sebenarnya… Hmm.

Apakah dia hantu? Jin? Badut jadian? Oh! Mungkin “Jembalang Air” kerana Pennywise memang suka berendam dalam air. 

Sumber: Youtube

Apa yang pasti, giginya yang berlapis-lapis itu bakal menghantui anda lebih-lebih lagi buat mereka yang fobia dengan clown!

Disebabkan filem seram ini tidak menayangkan entiti hantu klise seperti pontianak mahupun jasad manusia yang dirasuk, ditambah pula plot penceritaan menarik serta penglibatan pelakon kanak-kanak yang best, penulis beri ????☄ (empat setengah) bintang.

Sumber: Tumblr

Amaran: Pennywise ni nampak je comel dengan dahi jendul dan gigi arnab dia tu, tapi bila sekali dia menganga, haaaa! Paling seram bila dia buka langkah nak kejar mangsa. Perghhh seriau dibuatnya! Cara dia berlari tu macam ‘sesuatu’ sangat.

Akan ada sambungan untuk sekuel kedua. Yay! Nantikan IT: Chapter Two ❤