Berita & Isu Semasa

Wedding Planner Zurin Jundi Tipu Pengantin, Janji Bayar Ganti Rugi RM500,000 Pada 91 Mangsa

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Wedding Planner Zurin Jundi Tipu Pengantin, Janji Bayar Ganti Rugi RM500,000 Pada 91 Mangsa

Baru-baru ini nama perancang perkahwinan terkemuka Zurin Jundi menjadi tular gara-gara video mereka diserang “mangsa”, merupakan bekas pelanggan yang pernah tertipu tersebar sejak Ahad lalu selepas dimuat naik ke media sosial.

IKLAN

Selain itu, video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Rose Eusoff juga tular dek turut dianiaya di mana, katering disediakan pihak Zurin Jundi yang sepatutnya muncul tidak kunjung tiba biarpun pengantin sudah mula berarak menyebabkan keluarga pengantin menanggung malu sehingga terpaksa menyediakan jamuan sendiri buat tetamu yang hadir hari itu.

Pengantin Berarak, Katering Tak Kunjung Tiba

https://www.youtube.com/watch?v=EIu2wKdJI3E

Sehubungan itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, pemilik butik itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selatan dan Shah Alam pada Khamis lepas namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Terkini, syarikat perancang perkahwinan, Zurin Jundi berjanji akan membayar ganti rugi kepada pelanggannya yang tidak menerima perkhidmatan tidak memuaskan atas faktor kecuaian, kata wakil peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.

Sumber: Facebook

Beliau berkata anak guamnya yang menjalankan perniagaan selama 10 tahun itu akan menyusun jadual pembayaran secara berkala kepada 91 pelanggan terlibat, rata-ratanya bakal pengantin.

“Kami sekali lagi meminta maaf di atas kesalahan yang tidak disengajakan dan berjanji untuk membayar setiap ganti rugi kes-kes kecuaian yang telah berlaku,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri pengasas syarikat perancang perkahwinan itu di sini semalam.

Muhamad Akmal Arif mengulas laporan media berhubung puluhan bakal pengantin mendakwa diperdaya menerusi pakej perkahwinan ditawarkan syarikat berkenaan, yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

IKLAN

91 ORANG MOHON REFUND DENGAN ZURINJUNDI WEDDING PLANNER !! TOTAL PENUH SEBANYAK RM497000.00 !!!Nama dan…

โพสต์โดย Baitul Muslim บน 28 สิงหาคม 2017

Muhamad Akmal Ariff berkata pemerhatian awal pihaknya mendapati syarikat yang beroperasi sejak 2007 disabotaj beberapa individu dan pihaknya akan memfailkan saman sivil ke atas lima hingga enam individu yang dipercayai mensabotaj perniagaan sehingga menjejaskan nama baik syarikat perancang perkahwinan itu.

“Terdapat lima hingga enam individu yang mempunyai kaitan dengan Zurin Jundi dikesan menyeleweng wang dan memalukan syarikat termasuk menyebabkan beberapa majlis pelanggan kami terjejas.

“Berikutan itu, kami akan memfailkan saman sivil terhadap mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

SUMBER