Dekorasi

Dapatkan Idea Dekorasi Katalog 2018 Ikea Sehingga 17 September Ini!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Dapatkan Idea Dekorasi Katalog 2018 Ikea Sehingga 17 September Ini!

Ikea rasminya telah memperkenalkan 2018 IKEA Catalogue di Malaysia dengan gaya segar di ruang tamu. Bertemakan ‘Make Room for Life’, katalog baru ini memperincinkan gaya baru untuk menghidupkan suasana di ruang tamu dengan memberi lebih ruang kepada pelanggan. Ikea juga mahu rakyat Malaysia lebih meluangkan masa dan ruang untuk friends (sahabat handai), celebrations (perayaan), play (bermain) dan nature (semulajadi) – 4 prinsip untuk kehidupan yang lebih baik di rumah.  

IKLAN

Populasi bandar yang kian meningkatkan dan kemajuan teknolgi memberi impak pada hidup setiap hari. Ia membuatkan masyarakat mengubah cara bersosial, bekerja malah berehat. Dua eleman itu juga telah mengolah cara kehidupan di rumah, namun masih terdapat lagi kediaman yang tidak mengikut trend hidup yang terbaru. 

Pelancaran 2018 IKEA Catalogue. Foto – arkib Wanista.com

Jadi apa yang didalam 2018 IKEA Catalogue?

Ia membekalkan informasi, inspirasi yang padat mengenai idea, solusi dan cerita menarik khas untuk dekorasi rumah. Termasuklah:

  • Produk-produk terbaharu koleksi YPPERLIG, kolaborasi Ikea bersama syarikat rekaan Belanda, Hay.
  • Tips pakar melalui IKEA Caralogue app dimana pembaca boleh melihat set bilik dari pereka dalaman Ikea. Pelanggan boleh mempelajari untuk mencipta rekaan, menyelesai masalah atau mendapat idea baru dari nasihat pakar. IKEA Catalogue app boleh dimuat turun melalui Apple Store dan Google Play Store. 
  • Selain kolaborasi bersama Hay, Ikea juga memperkenalkan koleksi seating and sleeping bersama pereka Bristis, Tom Dixon. Koleksi DELAKTIG menawarkan inspirasi teknologi seperti sofa dengan bingkai aluminium yang boleh dipelbagai guna.
  • Ikea memberi pulangan harga rendah kepada pelanggan. Dari jualan atau pembelian yang banyak dari tinggi mereka menjanjikan produksi yang lebih jauh berkualiti dan harga produk yang berpatutan. 
  • Mulai Februari 2018, Ikea menyediakan hidangan salmon bersama sayur-sayuran dan sos chive dan lebih banyak hidangan menyelerakan akan tiba di restoran Ikea. 

Sneakpeek 2018 IKEA  Catalogue di IKEA Damansara

Bermula sekarang hingga 17 September, katalog baru 2018 IKEA  Catalogue bakal diedarkan di kediaman kawasan Lembah Klang. Selain itu, dapatkan ia di IKEA Damansara atau IKEA Cheras bermula 18 September. Versi digital juga boleh dibuat melalui IKEA.my/catalogue dan IKEA Catalogue App. 

IKLAN