Fesyen, Lookbook

Monki Keluarkan Koleksi Denim Bergaya Untuk Gadis Hip Musim Luruh Ini!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Monki Keluarkan Koleksi Denim Bergaya Untuk Gadis Hip Musim Luruh Ini!

Jenama fesyen terkemuka dari Sweden, Monki kali ini meraikan musim Luruh/Sejuk 2017 dengan seleksi helaian fesyen yang dibuat berasaskan denim bermutu.

Foto -Arkib Wanista

Diperbuat dari 100% kapas organik, MONKI percaya bahawa stail bold yang popular sekitar 90-an dahulu mampu mengembalikan zaman kegemilangan denim.

Foto -Arkib Wanista

Bagi mewujudkan aura trend fesyen semasa, MONKI turut menerapkan beberapa perincian eksentrik pada setiap satu helaian dalam koleksi Straight Up Denim Gold ini seperti sulaman riben, motif tampalan serta tekstur lusuh.

Bukan itu sahaja, koleksi denim ini turut ditemani pilihan baju serta aksesori menarik yang boleh dipadankan bersama. 

Foto -Arkib Wanista

Keseluruhan koleksi Straight Up Denim Gold sudah boleh didapati di semua cawangan MONKI seluruh Malaysia!

Foto -Arkib Wanista