Tidak terlambat untuk Wanista ucapkan Salam Aidiladha buat semua pembaca Wanista yang beragama Islam.
Dalam kita menyambut kemeriahannya, pasangan Gigi Hadid dan Zayn Malik turut sama tidak mahu ketinggalan meraikannya.
Pasangan popular ini juga turut menyambut perayaan tersebut bersama-sama ibunda Gigi, Yolanda Hadid serta ibunda Zayn, Trisha Malik.
Malah kenangan perayaan tersebut telah dimuatnaik oleh Yolanda Hadid di Instagram dengan kapsyen “Eid Mubarak kepada semua yang merayakannya…”
Untuk pengetahuan semua, bapa Zayn adalah British-Pakistani dan ibunya memeluk Islam apabila dia bertemu dengannya.
Manakala, bapa Gigi, Mohamed Hadid berketurunan Palestin-Amerika. Walaupun dia tidak menganggap dirinya seorang ‘muslim yang taat’ tetapi dalam temu bual pada tahun 2010, dia mengakui sangat berbangga dengan warisannya dan tidak minum atau merokok dan berpuasa pada bulan Ramadan.