Kesihatan

Cara Paling Efektif Kempiskan Perut Mengikut Fakta Saintifik

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Cara Paling Efektif Kempiskan Perut Mengikut Fakta Saintifik

Alangkah beruntungnya bagi mereka yang berperut kempis, pakai apa pun pasti kelihatan cantik. Paling penting, keyakinan diri pun tidak terjejas buatkan kita rasa megah bila berhadapan dengan individu lain terutamanya wanita-wanita lain yang seumur.

Masalah perut buncit sering dihadapi wanita berumar terutamanya bagi mereka yang sudah beranak-pinak. Biar pun begitu, anak-anak dara juga tidak terlepas daripada permasalahan ini.

Apakah cara mudah paling efektif untuk kita membendung masalah perut buncit dalam kalangan wanita masa kini? Ini Wanista bawakan tips mendapatkan perut leper.

#1 Berhenti Kunyah Gula-Gula Getah

Ada fakta yang mengatakan bawah mengunyah gula-gula getah boleh buat seseorang jadi kurus. Sebaliknya kata pakar, mengunyah gula-gula getah boleh menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara sekaligus buat perut jadi kembung dan buncit. Bahkan, rata-rata produk gula-gula getah mengandungi pemanis buatan seperti sorbitol dan xylitol serta gula alkohol yang buat perut jadi buncit secara tidak langusng!

#2 Elak Beberapa Sayur Ni…

Sumber: Betty Crocker

Kita sering mendengar pakar-pakar kesihatan berkata bahawa sayur itu baik untuk meningkatkan imunisasi badan serta menyumbang nutrien terbaik pada tubuh. Pada hakikatnya ada sesetengah sayur yang buat perut jadi buncit seperti bawang putih, jagung, brokoli, kubis bunga, bayam dan cedawan butang.

#3 Kurangkan Minum Atau Makan Produk Tenusu

Perasan tak perut bayi selalunya buncit? Ini kerana mereka hanya minum susu dan apabila susu lama berada dalam perut, tidak mustahil ia bisa bertukar menjadi pepejal lalu membuatkan perut buncit.

Oleh itu, sila kurangkan pengambilan produk tenusu okay?

#4 Lemon!

Sumber: riverside.lt

Mulai dari hari ini, jadikan lemon sebagai teman rapat kamu! Lemon adalah diuretik semula jadi, jadi tambahkannya dalam minuman anda kerana ia bisa mempercepat proses mengempiskan perut!

#5 Makanlah Pisang!

Biar pun pisang tersenerai sebagai makanan yang boleh buat individu jadi mengantuk, tahukah anda bahawa pisang sebenarnya kaya dengan potassium, mampu bertindak mengawal keseimbangan cecair bagi meratakan perut buncit!

#6 Kunyah Makanan Secara Perlahan

Sumber: Quitter’s Circle

Bila tengah lapar, agak sukar kita untuk mengawal etika mengunyah makanan. Nabi juga menasihatkan kita untuk menguyah makanan sebanyak 40 kali untuk setiap suapan agar makanan tersebut mudah dicerna dan perut akan berasa cepat kenyang. Jika tak mahu perut buncit, kunyahlah makanan secara perlahan untuk elak tertelan lebih banyak udara. Makanan yang terlalu cepat ditelan akan menyebabkan perut kembung dipenuhi gas. Pastikan juga mulut ditutup rapat ketika menguyah!

#7 Makan Tembikai Susu, Nanas dan Betik!

Sumber: Pinterest

Tembikai susu mengandungi kandungan diuretik yang melawan pengekalan air manakala nanas dan betik mengandungi enzim yang membantu pencernaan dan memecahkan protein yang biasanya menyebabkan kembung.

#8 Air Kosong dan Teh Lebih Baik Berbanding Kopi

Meskipun ramai yang sukakan kopi berbanding teh, kopi yang lebih tinggi mengandungi kafein sebenarnya akan menyebabkan tubuh kering (dehidrasi) lalu akan buatkan anda berasa cepat lapar untuk menggalak pengambilan kalori. Hati-hati si peminat kopi!

#9 Berhenti Minum Air Berais

Sumber: today.com

Berhenti minum ais mungkin tak akan buat anda kurus tapi ia mampu mengempiskan perut. Tak percaya cuba! Ini kerana minum minuman berais selepas makan akan melambatkan proses pencernaan seterusnya buatkan penampilan perut menjadi buncit untuk jangka masa yang lama.

Selamat beramal!

RUJUKAN 1 & 2

Komen Anda