Terlajak dengan cuti panjang yang ada sekarang, apa kata pada yang gemar berjalan-jalan atau ingin explore sesuatu yang baharu inilah masanya! Suka penulis ingin kongsikan beberapa spot jalan-jalan menarik di Kuala Terengganu.
Baru-baru ini penulis berkesempatan melawat ke ibu negeri Terengganu yang terkenal dengan pulau, pantai, kesenian dan keropok lekor. Penulis langsung tidak bermalam di Kuala Terengganu, cukup satu hari untuk penulis melawat tempat tarikan pelancongan yang orang kata wajib pergi.
Kuala Terengganu memang padat dengan pelbagai spot menarik untuk merakam kenangan, dari satu tempat ke tempat yang lain pun tidak wajah. Cuma tetapkan sahaja alat pandu arah seperti Waze atau Google Maps sedia untuk bergerak!
Nota: Penulis bertolak dari Kuantan dari pukul 8:00 pagi.
#1 Persisiran Pantai
Bajet nak ke pulau seperti Pulau Kapa, Pulau Tenggol atau Pulau Perhentian tidak menginzinkan anda? Apa susah..pandu sahaja dari Kuantan melalui jalan pantai Cherating-Kemaman-Dungun-Marang-Kuala Terengganu untuk anda berhenti sekejap melihat sendiri lautan biru. Penulis cadangkan untuk anda berhenti di persisiran pantai di Marang. Dari jauh boleh nampak Pulau Kapas, serius cantik sangat!
#2 Pasar Payang
Sampai sahaja di Kuala Terengganu, boleh makan tengahari di kawasan Pasar Payang yang menjual pelbagai aneka lauk pauk dan lauk orang Terengganu. Bila perut dah selesa dan ada tenaga baru boleh terjah ke Pasar Payang. Pusat membeli-belah tradisional, segala apa macam yang anda terbayangkan di Kuala Terengganu ada dijual disini. Ditingkat bawah menjual makanan atau bahan basah seperti makanan ringan orang Terengganu, buah-buahan, keropok kering, keropok lekor, kuih tradisional dan banyak lagi. Cukup dengan makanan, ditingkat atas anda boleh bersedia untuk rambang mata memilih pelbagai corak kain batik atau batik sutera, songket, cenderamata malah anak patung penyu pun ada simbolik dengan Negeri Terengganu.
#3 Muzium Negeri Terengganu
Tak kurang 5 kilometer tak silap penulis anda boleh terus meluncur ke Muzium Negeri Terengganu. Bagi kalau anda tak pergi kesini memang tidak lengkaplah mengenali Negeri Terengganu, cewwaahh! Iya pasti ramai yang mengelak ke muzium kerana sejarah tapi jangan risau Kompleks Muzium Terengganu adalah infrastruktur muzium paling gah, cantik dan fenomena. Peluang untuk anda memuatnaik gambar ala instafamous boleh bermula disini. Umpama istana diatas air, serius bila tengok memang terpukau!
#4 Masjid Kristal / Taman Tamadun Islam
Jangan risau, nak ke Masjid Kristal rupanya sangat dekat dari Muzium Terengganu, tidak sampai 1 kilometer pun. Anda boleh solat didalam masjid, selesai solat anda boleh betapa hebatnya ukiran-ukiran ayat Al-Quran di setiap sudut dekorasi masjid. Dibahagian luar pula, tak perlu cerita lagi memang menyilau mata dengan pancaran matahari terkena dibadan masjid yang diperbuat dari besi, kaca dan kristal. Jika ada masih ada lagi kelapangan masa, boleh juga melawat ke Taman Tamadun Islam yang memperkenal pelbagai rekaan dan infrastruktur masjid dari seluruh dunia,
#5 Keropok Lekor
Rugi, rugi, rugi kalau tidak merasa keenakan keropok lekor yang sememangnya asal dari Terengganu. Jadi pada negeri lain jangan nak #doneclaim pula yang isu keropok lekor ini gurau. Ada dua pilihan tempat untuk anda menikmati keropok lekor di Terengganu iaitu di Kampung Losong atau di Kemaman. Pada mereka yang masih mempunyai banyak lagi masa boleh singgah di Kampung Losong untuk memborong keropok lekor disana atau semasa dalam perjalanan balik semula ke Kuantan anda boleh singgah beberapa hot spot untuk membeli keropok lekor. Menariknya bukan sahaja keropok yang sedap, cicah lada (sos) keropok pun sedap!
Jika terdapat beberapa lagi tempat menarik yang penulis tidak senarai, harap maaf! Ini sahaja yang penulis sempat singgah ketika di Kuala Terengganu. Komen cadangan destinasi hebat anda untuk penulis kembali ke Terengganu, terutamanya dari orang Terengganu sendiri. Selamat bercuti!