Beberapa minggu sudah sewaktu para “instafamous” dan selebriti popular tempatan membanjiri Pavilion untuk menghadiri minggu fesyen Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2017, penulis sempat memerhati gerak dan gaya fesyen yang disarungkan mereka. Rata-ratanya kelihatan bergaya tetapi tak semua berani bawakan karakter eksentrik seperti “orang-orang fesyen” yang pergi menonton pertunjukan fesyen di New York Fashion Week (NYFW), Paris Fashion Week (PFW) mahupun Milan Fashion Week (MFW).
Contoh Gaya Orang Malaysia Apabila Menghadiri Minggu Fesyen… Agak Hambar.
Bagi pendapat penulis, orang kita ini masih kurang selesa untuk berlebih-lebihan apabila menyentuh soal fesyen lalu rata-ratanya memilih untuk berserdehana dengan menggayakan padanan polos dan bergaya biasa-biasa sahaja biarpun menghadiri acara fesyen gah.
Ingin penulis ingatkan, fashionista sebenar tidak akan takut untuk menunjukan kegilaannya apabila berfesyen. Bak kata orang, jika anda confident menggayakan pakaian pelik, sepelik gaya fesyen G-Dragon sekalipun, sudah tentu ia akan nampak sempurna di mata orang. Yang penting kena yakin diri!
Gaya Orang Barat Menghadiri Minggu Fesyen… Meletop!
Walau bagaimanapun, caranya perlu betul. Jadi bagi anda yang memiliki banyak pakaian bercetak namun rasa susah dan tidak tahu bagaimana mahu memadankannya dengan gaya seharian, ini Wanista sediakan tips istimewa cara untuk menyuai padankan pakaian bercetak.
#1 Guna satu corak yang sama tetapi dari rekaan berbeza
#2 Manfaatkan gabungan corak kecil dan besar
Nampak ceria dengan padanan yang eksentrik!
#3 Gayakan gabungan pakaian bercorak yang memiliki potongan pelbagai
Untuk nampakkan kepelbagaian pada gaya anda, boleh juga gayakan kemeja bercorak dengan seluar bercorak yang agak longgar potongannya… Barulah umpph!
#4 Pilih dua corak berlainan tetapi terdiri dari kelas warna yang sama
#5 Padankan pakaian bercorak dengan rona pastel
#6 Padankan warna neutral dengan corak warna-warni!
Warna neutral seperti warna-warna tanah umpama coklat dan putih susu paling mudah dipadankan dengan fabrik bercorak yang sarat dengan rona pelbagai.
#7 Padankan helaian yang memiliki corak sama namun warna berbeza
#8 Fabrik bercorak jalur biasanya lebih mudah dipadankan dengan corak yang lebih berserabut
#9 Lembutkan pakaian bercorak besar atau penuh dengan penggayaan aksesori seperti tali pinggang atau kasut dengan rekaan menonjol
Agar mata orang yang memandang tidak hanya tertumpu pada pakaian semata-mata.
#10 Cari kemeja atau jaket yang bercorak untuk diikat ke pinggang sebagai selingan penuh gaya!
Jika sukakan fesyen jalanan, anda boleh serlahkan gaya hispter dengan helah ini.
#11 Padankan dua helaian yang miliki corak dari kelas yang sama
Jika abstrak cuba cari padanan abstrak, jika floral cuba cari padanan floral…
#12 Corak polk-a-dot biasanya kelihatan serasi jika dipadan dengan corak berjalur
Asalkan ia daripada keluarga warna yang seakan-akan…
#13 Serlahkan gaya bercorak dengan padanan fabrik bertekstur
Bosan asyik suai padan baju bercorak dengan helaian polos? Boleh cuba padankan ia dengan helaian bertekstur seperti baju panas sebegini…
Ha! Cantik kan? Jadi siapa kata kalau pakai baju sarat dengan corak akan nampak seperti badut?
Jika anda bijak dan yakin menggayakannya… anda akan kelihatan hebat!
Barulah fashionista sejati namanya ❤️????
Selamat mencuba!