Kebiasaanya Kim Kardashian sentiasa menarik perhatian internet dengan gambar-gambar seksi dan tayang badan. Namun si jelita ini menukar presepsi ramai yang dia boleh bergaya lebih sederhana, ala tahun 60-an dan bak wanita pertama Amerika Syarikat Jacqueline Kennedy.
Menariknya lagi pengambaran untuk majalah Interview ini juga dihadiri oleh anak perempuan Kim, North yang kini sudah berusia 4 tahun.
Diinspirasikan dari gaya hidup Jacqueline Kennedy semasa di Rumah Putih, Kim mampu memakai rambut palsu gaya ‘bee’ dengan yakin dan tampak cantik semulajadi.
Sekali tengok umpama Kim Kardashian seorang First Lady untuk Amerika Syarikat pada tahun 1960!
Apa pendapat anda dengan photoshoot Kim Kardashian kali ini?