Coca Cola Malaysia dengan bangganya melancarkan rekaan tin edisi terhad baharu yang dihiasi lukisan ilham kartunis terkemuka Reggie Lee.
Edisi kali ini mengetengahkan kepelbagaian gaya hidup rakyat Malaysia yang secara tidak langsung bisa memberi kesan kepada para pengguna untuk berasa bangga menjadi anak Malaysia di samping mengimbau memori lama yang pastinya mencuit hati!
Berikutan sambutan Kemerdekaan negara yang ke-60, Coca cola juga tidak ketinggalan meraikan keberadaan syarikatnya dalam menawarkan aneka minuman unggul kepada masyarakat di Malaysia sejak tahun 1936 lagi.
Tin minuman edisi Merdeka ini memaparkan empat karya Reggie merangkumi empat karya berlainan yang sangat dekat dengan rakyat Malaysia. Ini termasuklah makanan kegemaran, cuti umum yang dinanti smeua, sukan kegemaran rakyat Malaysia iaitu badminton dan semangat kemasyarakatan yang ada pada kepelbagaian bangsa dan kaum.
Dengan inisiatif ini, Coca Cola berharap ia mampu menyatukan semua rakyat Malaysia untuk kembali memperingati sejarah kemerdekaan sekaligus menggalakkan masyarakat untuk kekal harmoni bersama dalam menegakkan keperibadian serta kedaulatan negara buat selamanya.
Tin edisi Merdeka ini boleh didapati di seluruh Negara dan diperolehi pada tin Coca-Cola Classic dan Coca-Cola Zero Sugar. Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.coca-cola.com.my] atau lawat laman Facebook Coca Cola Malaysia di [www.facebook.com/cocacolamy].