Seperti biasa, apabila tiba musim temasya sukan berprestij sebegini… memang ramai para atlet yang akan diperhatikan dari hujung rambut hingga hujung kaki, umpama mereka adalah “bintang”, karakter utama yang menyinari arena sukan negara.
Tahun lalu semasa musim Olimpik di Rio artis kita banyak disamakan dengan beberapa atlet yang bertanding di temasya suka antarabangsa itu. Antara salah seorang figura yang mendapat perhatian dek kerana wajahnya seiras atlet olahragawati dari negara Perancis bernama Cindy Billaud itu ialah tidak lain dan tidak bukan, Datuk Seri Vida.
Tak percaya?
Hmm… kalau Datuk Vida kata dia ada pertalian darah dengan Cindy Billaud ni pun mesti orang percaya kan?
Disebabkan rakyat Malaysia yang sering prihatin dan setia menjadi pemerhati, tahun ini kita dapat mengecam beberapa atlet Malaysia yang wajahnya ada iras-iras Bintang Korea ternama! Jadi siapakah gerangan atlet dan bintang Korea tersebut?
#1 Farah Ann & Somi IOI
#2 Joey Loh Zhiay & Hojeong HOTSHOT
#3 Yeap Wai Kin & MIR MBLAQ
#4 Welson Sim & Park Bo Gum
#5 Julian Zhi Jie Yee & Jung Yong Hwa (CNBLUE)
#6 Goh Jin Wei & Shin Bong Sun
Amacam… Yang mana korang rasa paling sama?