Acara

Jimat Sehingga 90% Bila Shopping Di JPO Sempena Merdeka Ni!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Jimat Sehingga 90% Bila Shopping Di JPO Sempena Merdeka Ni!

Sehubungan sambutan yang menggalakkan sewaktu sambutan ulang tahun yang ke-5 terdahulu, Johor Premium Outlets sekali lagi mahu membuka peluang keemasan buat semua untuk membeli-belah demi memberi ganjaran kepada diri sendiri sambil menyambut Hari Kemerdekaan ke-60 di sini!

IKLAN

Sambutan yang berlangsung selama lima hari, bermula pada 30 Ogos itu menawarkan seleksi potongan harga sehingga 90% untuk beberapa jenama terpilih yang ditawarkan Johor Premium Outlets dengan memanjangkan masa membeli-belah sehingga 12 tengah malam selama lima hari beturut-turut!

Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, gerai snek dan minuman seperti Baskin-Robbins, Starbucks Coffee, TCBY Frozen Yogurt dan The Coffee Bean and Tea leaf pula akan menawarkan ais krim, kopi ice-blended, teh ice-blended dan yogurt beku pada 200 pelanggan pertama bermula 10 hingga 12 tengah malam!

Sebanyak 130 jenama yang terlibat dalam jualan murah Hari Merdeka ini termasuklah Aigner, Armani, Aldo, Bonia, Coach, Gucci, versace, Furla, Calvin Klein Platinum, La Perla, La Senza, G2000, Puma dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.premiumoutlets.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Johor Premium Outlets di [www.premiumoutlets.com.my].