Setiap artis punya cara tersendiri untuk menghargai peminat di atas kesudian mereka menyokong penuh artis terbabit dari mula karier sehingga berjaya.
Tak terkecuali, G-Dragon mempunyai cara paling istimewa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang datang ke ACT III: Motte World Tour di Jepun. Apa dia?
Selepas konsert ke-2 di Osaka, Jepun, G-Dragon menyambut peminat-peminatnya yang menunggu untuk menghantarnya pulang dengan menyerahkan setiap satu daripada mereka sekuntum bunga mawar yang telah dibuang durinya. OMG bukankah itu sangat sweet?
Walaupun dengan populariti luar biasa tetapi G-Dragon telah menunjukkan betapa pentingnya setiap peminat kepadanya, dan sikap sebegini menunjukkan betapa bersyukur dan rendah diri.
Alamak sweet sangat GD. Agaknya konsert di Malaysia GD akan lakukan perkara yang sama atau sedikit berbeza. Sama-sama kita nantikan ye…