Setiap orang mempunyai daya penarik tersendiri dan wanita lazimnya lebih menyerlah jika hendak dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini kerana, personaliti kita sering sahaja diukur daripada fizikal. Bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”.
Bibir umpamanya adalah sebahagian daripada ciri wajah manusia yang sering menjadi titik pandangan utama selain hidung, mata dan kening. Apakah nilai yang ada pada bibir selain mampu menyerlahkan penampilan seseorang?
Jom ketahui apa kaitan bentuk bibir dengan sifat seseorang menurut kajian yang dilakukan pakar pembaca muka.
#1 Bibir Penuh & Tebal
Jika kamu lahir dengan bibir penuh semula jadi seperti Angelina Jolie, anda adalah seorang yang sering dipengaruhi dengan sifat mengasihani, amat menghargai sesebuah hubungan yang dijalin dengan orang sekeliling malah obses untuk mendahulukan orang lain sebelum diri diri sendiri.
#2 Bibir Nipis
Bibir nipis persis Kate Middleton? Kata pakar kamu ni suka menyendiri betul ke? Kata pakar lagi, mereka agak kurang pengetahuan dalam hubungan. Sukar untuk serasikan diri dengan pasangan tapi itu tak bermakna mereka ni langsung tak tahu menghargai cinta. Chill okay?
#3 Bibir Atas dan Bibir Bawah Sama Saiz
Menurut pakar, jika seseorang memiliki saiz bibir biasa (tidak terlalu nipis dan tidak pula terlalu tebal), bermakna anda adalah jenis individu yang tidak genar diperhambakan oleh cinta. Sudah tentu kamu suka dan enjoy untuk dibelai manja tapi apabila bergaduh atau terlibat dengan salah faham, kamu biasanya akan memilih untuk berundur diri daripada terjebak dengan sebarang drama.
#4 Ada Ruang Berlekuk Pada Bibir Atas (Cupid’s Bow)
Jika lekuk di behagian tengah bibir atas itu tajam dan nyata seperti milik Taylor Swift dan Rihanna. Biasanya kamu dilabel sebagai seorang yang kreatif, bijak berkomunikasi serta memiliki pemikiran yang cekap! Namun, adalakalanya kamu terlalu dikongkong oleh emosi menyebabkan kata-katamu menyakiti hati orang lain. Suka sangat bercakap sebelum berfikir.
Jika lekuk bibirnya lebih membulat seperti aktres Amanda Seyfried, itu tandanya kamu sangat penyayang dan lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.
#5 Bibir Mungil
Alahai kecil dan mungilnya bibir kamu! Miliki bibir secomel supermodel Lindsey Wixson? Anda memang seorang yang akan dahulukan diri sendiri lebih dari segalanya. Sayangkan diri bukan sebab pentingkan diri tetapi kerana tahu menghargai diri sendiri tu adalah lebih besar nilainya. Macam lagu Miss Fazura “Sayangi Dirimu”. Kalau bukan kita sayang diri kita siapa lagi kan…
#6 Bibir Atas Tebal Daripada Yang Bawah
Wanita dengan bentuk bibir yang tebal di bahagian atas tapi nipis di bagian bawah biasanya paling suka bercakap. Mereka peramah dan kekok langsung berkomunikasi dengan orang. Walaupun orang itu baru dikenalinya.
Bukan tu je, mereka juga periang dan tidak mudah marah. Selain tu mereka bijak mengekspresikan diri cara baik dan berani tonjolkan diri sebenar di hadapan orang lain! Cool habis kalau kawan dengan orang macam mereka ni.
#7 Bibir Bawah Tebal Daripada Yang Atas
Kamu memang pemurah. Orang di kelilingmu memang beruntung kerana sifat kamu yang suka memberi. Namun mereka sangat malu untuk mulakan bicara. Lebih gemar orang lain mulakan dahulu barulah mereka akan membalas dan mahu meneruskan perbualan.
Pemilik bentuk bibir seperti ini juga bijaksana dalam memberikan komen atau nasihat pada orang lain. Jadi tak hairanlah kalau kamu dijadikan sandaran oleh teman-teman untuk mencurahkan masalah mereka pada kamu.