Acara

Sertai Ramai Artis Popular Di Ekspresi Aqsa Soladiriti Ummah 27 Ogos Ni!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Sertai Ramai Artis Popular Di Ekspresi Aqsa Soladiriti Ummah 27 Ogos Ni!

Perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Yahudi terus dilaksanakan dan terbaru, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama penyiar tempatan menganjurkan program Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah.

IKLAN

Program membantu rakyat Palestin yang menyasarkan kutipan RM1 juta itu bakal berlangsung seawal jam 4.30 petang di AlHijrah Big Studio (ABS) Cyberjaya pada Ahad, 27 Ogos ini.

Tonton Trailer Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah

Barisan artis yang akan hadir dalam menzahirkan solidariti dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa.Ayuh rakyat Malaysia, kita bangkit bersama. Rapatkan saf, bersatu demi mempertahankan Al Aqsa.Tempat: Al Hijrah, Big Studio, Cyberjaya.Tarikh: 27 Ogos 2017 (Ahad)Masa: 9.00 Malam Ayuh sertai kempen Aqsa Solidariti Ummah, Selamatkan Al Aqsa dengan menyumbang sebanyak RM50.Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Aman Palestin Berhad:Bank Islam: 12029010047880Maybank: 562263010787CIMB: 8600460353#denganjiwa#dengandarahkami#jommenyumbang

Aman Palestinさんの投稿 2017年8月22日火曜日

Konsert ini akan menjadi satu titik tolak bagi masyarakat Malaysia yang ingin membangkitkan semangat dalam diri umat Islam membantu mempertahankan Masjid Al-Aqsa serta isi penduduk Palestin yang merupakan saudara Islam kita.

Acara dibuka dengan program Open Mic dan Sharing Session yang dikendalikan oleh Afdlin Shauki, Prof Dr. Lim Swee Tin dan Mat Dan.

IKLAN

Manakala, konsert akan berlangsung pada pukul 9 hingga 12 malam.

Antara artis yang bakal terlibat ialah Raihan, Man Bai, Lah Ahmad, Siti Nordiana, Nora Ariffin, Kumpulan Nastia, Akma AF, Pria Akustik dan Caravan of Praise.

Ayuh saksikan secara langsung persembahan yang bukan sahaja berlandaskan nyanyian semata-mata bahkan ada juga deklamasi sajak, syair, zikir munajat yang dijadikan medium bagi menyampaikan mesej keamanan, penyatuan serta sokongan terhadap rakyat Palestin.

Sumber: facebook/ Aman Palestin

Bagi meringankan beban rakyat Palestin yang tidak bernasib baik di sana, orang ramai turut dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan ke akuan Maybank 5622 6301 0787. RM50 anda amat berharga buat mereka.

Bersama-sama kita menghayati hadis Nabi S.A.W dan membantu untui Masjid Al-Aqsa.. Buktikan Sokongan anda dalam…

โพสต์โดย TVAlhijrah บน 22 สิงหาคม 2017

Untuk keterangan lanjut tentang sumbangan RM50, sila layari [www.amanpalestin.net]. Boleh juga lawat laman Facebook Aman Palestin Berhad [www.facebook.com/AmanPalestinOfficial] atau TV AlHijrah [www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH] untuk terus mendapatkan maklum balas terkini berkenaan Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah.