Lily-Rose Depp, anak kepada pelakon Johnny Depp serta penyanyi Perancis, Vanessa Paradis. Mencecah usia 18 tahun, Lily-Rose mewarisi kecantikan ibunya yang memiliki ciri serta tulang pipi menonjol, diiringi stail gaya cool bapanya. Mewarisi darah seni ibu bapa, Lily-Rose Depp kini mula berjinak dalam bidang peragaan dan lakonan.
Mula mencuri tumpuan ramai apabila muncul di karpet merah ketika menghadiri pertunjukan d’Art Chanel Métiers, New York City dengan ibunya, Vanessa Paradis pada usia seawal 15 tahun.
Tahun lalu sahaja, rumah mewah Chanel mengumumkan Lily-Rose Depp bakal tampil dalam kempen iklan wangian Chanel N°5 L’EAU ciptaan Oliver Polge dan juga menghiasi kempen koleksi ikonik kaca mata mutiara Chanel. Bagi Chanel sahaja, Lily melambangkan wanita generasinya dan nilai-nilai kebebasan dan keberanian secara sempurna. Bahkan, Karl Lagerfield sangat kagum akan Lily-Rose dan mempercayai bahawa dia akan menjadi seorang mega star kerana kualiti yang terdapat dalam dirinya.
Berbekalkan wajahnya yang fotogenik, Lily-Rose mampu mencuri tumpuan semua orang yang melihatnya. Terbukti apabila setiap kali dia muncul di karpet merah, rata-rata jurugambar tidak sabar untuk mengambil gambarnya kerana dalam posisi mana Lily-Rose pasti memukau mereka.
Baru-baru ini, Lily-Rose tampil berani bergambar “topless” dalam majalah CR Fashion Book edisi ke-11. Dalam salah satu koleksi gambarnya, Lily-Rose hanya mengenakan denim shorts dan menutupi bahagian atas dengan tangan sahaja. Dan untuk cover pula, Lily-Rose hanya memakai flannel shirt tanpa butang yang menampakkan lurah dada.
Nyata usia muda belia, tidak menghalang gadis ini untuk beraksi panas di depan kamera. Hebat!