Nestle Ice Cream, pengeluar aiskrim terkemuka Malaysia melancarkan MAT KOOL FruityBug – aiskrim dwi batang berbentuk kumbang berperisa strawberi dan nenas yang cukup menyegarkan.
Dibuat daripada pewarna dari sumber tumbuh-tumbuhan, adunan manis MAT KOOL FrutiyBug pasti membangkitkan rasa gembira. Ini memperkukuhkan lagi komitmen jenama MAT KOOL untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dan perisa aiskrim unik, khas untuk para peminat setianya.
Sempena ulang tahun ke-60 Mydin, para pelanggan berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik dan promosi eksklusif MAT KOOL FruityBug di Mydin Mall, USJ sepanjang hujung minggu itu. Para pemenang bertuah membawa pulang MAT KOOL FruityBug dan beg dingin beku edisi terhad MAT KOOL. Acara roadshow MAT KOOL FruityBug juga akan diadakan di seluruh negara sepanjang bulan September hingga Oktober.
Aiskrim MAT KOOL FruityBug kini boleh didapati di kedai-kedai dan platform e-dagang 11street (www.11street.my) pada harga runcit disyorkan iaitu RM1.90. Untuk keterangan lebih lanjut tentang aiskrim MAT KOOL FruityBug, layari laman web Nestle di http://www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestle Malaysia di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.