Pereka barangan kemas millennial tempatan JEOEL memeriahkan lagi sambutan Merdeka tahun ini dengan pelancaran barangan kemas edisi terhad dan promosi jualan yang menawarkan potongan harga 60% selama seminggu.
Dapatkan Barang Kemas Terpilih dengan Potongan Harga 60%
Pelanggan boleh mendapat potongan harga sebanyak 35% bagi pembelian barang kemas pertama, dan potongan 60% untuk pembelian barang kemas kedua, untuk barangan terpilih sahaja, selama seminggu bermula daripada 25 Ogos hingga 3 September.
Semua produk JEOEL diperbuat daripada logam perak tulen 925, dan disadur dalam rodium (salah satu daripada komponen emas putih) atau emas ros untuk lapisan tambahan kemewahan dan perlindungan daripada kekotoran.
Melalui keindahan batu permatanya dan makna tersendiri yang dimiliki di sebalik setiap satu, visi jenama JEOEL ialah untuk memberi kekuatan kepada para wanita bagi meneruskan minat dalam kehidupan mereka menerusi kreativiti, cita-cita dan sedikit sentuhan magis.
Ianya hanya boleh didapati di butik JEOEL bermula pada 30 Ogos hingga 3 September 2017.