Anak lelaki Donald Trump, Barron Trump dikritik media konservatif akibat memakai pakaian yang terlalu kasual untuk acara rasmi.
Daily Caller dilihat tidak begitu berpuas hati dengan cara pemakaian kanak-kanak lelaki yang baru berusia 11 tahun itu, pada mereka ianya dilihat seperti tidak menghormati status Barron yang merupakan anak lelaki Presiden Trump.
Walaubagaimanapun, Chelsea Clinton mempertahankan Barron Trump selepas kanak-kanak itu dikritik hebat. Beliau bahkan menyuruh media dan orang ramai membiarkan sahaja malah menghormati hak privasi Barron. Clinton sempat tweet respon kepada kritikan hebat dengan mengatakan;
“It’s high time the media & everyone leave Barron Trump alone & let him have the private childhood he deserves.”
Melania menarik perhatian kerana pemilihan fesyen yang klasik sedangkan anaknya Barron dikritik kerana terlalu simple. Tapi kalau diperhatikan Barron Trump lebih senang memilih t-shirt dan slack sahaja setiap kali dia mengikuti bapanya ke rombongan rasmi, mungkin sesuai dengan dirinya yang baru awal remaja.
Alahai kesiannya… Tapi biarlah, mungkin dia lebih selesa begitu..