Siapa di sini yang ‘hantu’ durian? Cepat, mengaku!
Jika anda merupakan peminat durian, pasti anda teruja dengan berita ini. Kenapa? McDonald’s baru sahaja mengumumkan bakal mengeluarkan ais krim perisa durian tidak lama lagi.
Pengumuman tersebut dikongsikan di laman media sosial Facebook dengan kapsyen “Can you handle this royal goodness?”.
Yang pasti video tersebut berjaya menarik perhatian netizen yang terang-terang sudah tidak sabar mahu mencuba ais krim perisa durian ini.
Agaknya ais krim perisa durian ini akan keluar dalam bentuk Sundae atau McFlurry atau kedua-duanya sekali.
Tak perlu banyak bunyi, kita nantikan 24 Ogos ini!