Kesihatan

Hati-Hati! 6 Bahaya Kesihatan Bila Tak Makan Sarapan Pagi

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Hati-Hati! 6 Bahaya Kesihatan Bila Tak Makan Sarapan Pagi

Malas…. Malas sering dikaitkan dengan sarapan pagi. Kenapa? 

Ramai yang mengaitkan malas untuk bersarapan pagi kerana perut akan mula sakit bila makan diawal pagi dan tidak cukup masa untuk bersiap ke pejabat sambil menyediakan hidangan sarapan. Tapi tahukah anda padah untuk bersarapan lebih teruk dan berkemungkinan boleh membawa ketidakselesaan berpanjangan.

Waktu terbaik untuk bersarapan ialah sejam sejurus anda bangun dari tidur. 

Foto – Tmblr

Akibat tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan anda terjebak dalam pelbagai masalah kesihatan. Antara 6 komplikasi kesihatan yang anda tak akan mahu terlibat…

#1 Stress

Berkemungkinan badan anda menjadi stress kerana terpaksa bekerja lebih tanpa sebarang tenaga (makanan). Selain itu, ia juga menyebabkan otak menjadi lembab dan tidak dapat fokus. Macam mana nak bekerja kalau tiada sebarang sokongan? Akhirnya kerja tak siap, kepala pun boleh turut stress. 

#2 Sakit jantung? 

Kajian mendapati jika bekerja dalam stress perut kosong boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Perubahan ini juga menggangu berat badan pada mereka yang tidak bersarapan dan sekaligus berkait dengan kesihatan jantung. 

Foto – Glamour
#3 Masalah usus

Tidak mengambil sarapan memberi tindak balas emosi atau lapar terhadap makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan segera atau snek tinggi bahan perasa. Jika anda kerap atau sering menggantikan sarapan dengan junk food, hati-hati! Makanan seperti ini boleh merosakkan bahagian usus anda dan langsung tidak memberi nutrien secukupnya. Sistem penghadaman juga boleh terganggu…

#4 Kencing manis

Apabila anda tinggal sarapan dan membiarkan perut lapar sehingga terpaksa mengambil jumlah hidangan yang banyak ketika makan tengahari bahana ialah kadar gula dalam darah tidak menentu. Ia boleh membawa kepada masalah masalah ketidakseimbangan insulin. Bila insulin dan gula dalam darah tidak bagus? Ya, diabetis memanggil anda.. 

Foto – Greatist
#5 Emosi dan mental terganggu

Biasa kan dengar bila orang lapar ini jangan ditegur nanti kena marah. Ya, dari aspek mental ia boleh menganggu seseorang untuk menjadi negatif. Bayangkan sepanjang hari monyok jer..macam mana nak ada hubungan yang baik dengan orang sekeliling kalau macam ni? 

#6 Imunisasi badan lemah

Sistem imunisasi badan boleh menjadi lemah kerana badan tidak mempunyai tenaga dan sel sihat yang lengkap untuk melawan sebarang jangkitan. Badan sering terganggu dengan masalah kesihatan akibat tidak mendapat nutrisi yang secukupnya. 

Foto – The Odyssey Online

Jadi cuba ambil sedikit masa untuk menyediakan sarapan pagi atau lebih mudah beli sahaja di kedai. Mulakan hari anda dengan sesuatu yang positif pasti dan hargai setiap saat hidup anda!

RUJUKAN 1 & 2

BACA  Sakit Kencing Berdarah, Orang Perempuan Sila 'Alert'!