Alahai macam ada sesuatu je antara dua orang bintang Hollywood ni? Sejak pernah bergandingan bersama sebagai Jake dan Rose dalam filem romantik pecah panggung Titanic suatu ketika dahulu, baru-baru ini paparazi ada memuat naik beberapa gambar yang melihatkan mereka sedang bercuti bersama di Saint Topez, Perancis!
Khabarnya, mereka berdua ke sana bukan hanya untuk bercuti semata-mata tetapi bagi menghadiri satu acara kebajikan yang dianjurkan sendiri oleh The Leonardo DiCaprio Foundation namun nampaknya kemesraan antara pasangan ini jelas menerangkan bahawa mereka mungkin sedang bercinta. Mungkinkah?
Terdapat beberapa foto memperlihatkan Kate dan Leo bersantai di tepi kolam bersama sambil memakai pakaian mandi.
Pernah ditanya oleh media apakah ada hubungan istimewa antara mereka, namun masing-masing menjelaskan bahawa mereka sebenarnya memang BFF (best friend forever) sejak dari dahulu lagi sewaktu mula berlakon bersama dalam filem Titanic terbitan tahun 1997.
Oh well, kalau betul pun mereka ni bercinta apa salahnya. Dua-dua masih bujang… tak salah kan?
Sweet juga!