OMG!
Oppa kesayangan anda, Nam Joo Hyuk akan datang ke Kuala Lumpur sempena Asia Fan Meeting Tour.
Galaxy Group dengan bangga mengumumkan Nam Joo Hyuk Private Stage [Close-Up] di Kuala Lumpur, akan diadakan pada 21 Oktober 2017, 6:30 malam di KWC StarXpo Center.
Teruja? Jualan tiket akan bermula pada 23 Ogos 2017.
Harga tertera seperti berikut:
Terdahulu, hubungan cinta Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk sudah berakhir. Menurut wakil industri, pasangan ini berpisah disebabkan kesibukan jadual dan mereka akan sentiasa menyokong karier masing-masing.
Baca: Pasangan Kegemaran Anda Ini Sah Bercinta. Siapakah Mereka?
Agensi pengurusan pelakon tersebut, YG Entertainment telah mengesahkan laporan itu dan merahsiakan punca sebenar perpisahan.
“Kami dah bertanya kepada Nam Joo Hyuk dan Lee Sung Kyung dan perkara tersebut memang betul mereka dah berpisah,” kata wakil agensi.
Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk mula menjalinkan hubungan semenjak bergandingan menerusi drama Weightlifthing Fairy Kim Bok Joo.