Mead Johnson Nutrition Malaysia merupakan syarikat pertama di negara ini yang melancarkan DHA dalam susu formula Enfagrow A+ lebih dari sedekad yang lalu, dan kini meneruskan keunggulannya sebagai syarikat yang pertama melancarkan susu formula rumusan untuk kanak-kanak dengaan satu khasiat baru digelar Membran Globul Lemak Susu/Milk Fat Globule Membrane (MFGM) bagi membekalkan nutrisi yang lebih seimbang kepada si cilik.
MFGM adalah sejenis komponen yang terdiri daripada molekul-molekul bioaktif yang bantu dalam perkembangan otak kanak-kanak serta membentuk imuniti (daya ketahanan badan) mereka.
Kajian mendapati, kanak-kanak yang mengambil makanan tambahan seperti susu dilengkapi khasiat MFGM menunjukkan peningkatan skor yang ketara dari segi pengawalan emosi berbanding kanak-kanak yang tidak.
Tonton Komersial #FutureReadyMalaysians oleh Enfagrow A+
Otak si cilik pula akan membesar tiga kali ganda pada dua tahun pertama dan bisa mencapai sehingga 90% saizdewasa pada lima tahun pertama. Oleh itu nutrisi yang terkandung dalam susu adalah penting dalam proses awal tumbesaran kanak-kanak.
Pelancaran susu formula Enfagrow A+ dengan MFGM Complex turut dirumus dengan 40% lebih DHA bagi mempersiap diri si cilik dari awal agar otaknya mampu berkembang dengan cerdas di samping berpeluang mengecapi masa hadapan yang lebih cerah!
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.enfagrow.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Enfagrow A+ Malaysia di [www.facebook.com/enfagrowmalaysia]