Tips - Makanan

Ikut Petua Ni Kalau Nak Cili Api & Barang Dapur Lain Tahan Lama

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Ikut Petua Ni Kalau Nak Cili Api & Barang Dapur Lain Tahan Lama

Stok barangan segar seperti sayur dan bawang sudah dikupas adalah yang paling cepat layu atau busuk jika tidak disimpan secara rapi.

Tetapi apakah cara yang paling berkesan untuk buat barang dapur tahan lama supaya “mak-mak” yang kat rumah tu tak perlu runsing untuk beli barang segar setiap hari. Nah! Ini tips Wanista.

#1 Cili Padi

Sumber: keluarga.my

Kalau beli cili padi ni kurang dari seminggu hingga dua minggu mesti ada yang dah layu dan busuk kan? 

  1. Buang tangkai dan basuh bersih
  2. Keringkan cili padi dahulu sebelum masukan dalam bekas bertutup
  3. Dalam masa yang sama, kupas seulas bawang putih dan simpan bersama cili padi tersebut.

#2 Bawang 

Lain orang, lain cara yang digunakan untuk menyimpan bawang ni. Kalau dikupas awal takut berubah warna, kalau dikisar pula takut busuk.

Sumber: rasa.my
  1. Kalau belum dikupas, biar ia tersimpan dalam tempat yang boleh dilalui udara. Seperti dalam raga atau bakul.
  2. Jika kupas bawang secara pukal dengan tujuan agar mudah bila hendak masak nanti, puan-puan boleh elak untuk mencucinya. Lepas kupas terus simpan dalam bekas yang kedap udara, Jangan sesekali biarkan bawang itu terkena air okay?
  3. Cara simpan bawang kisar pula paun-puan boleh tambahkan secubit garam dalam kisaran bawang tadii sebagai pengawet untuk buatnya tahan lebih lama. Pastikan bawang kisar disimpan dalam peti ais tau?!

#3 Beras

Sumber: Siakap Keli

Beras selalunya bisa bertahan lama namun apa yang menjadi masalahnya adalah apabila terlalu lama tidak berusik, kutu (kutu beras) akan muncul dan mencemari beras anda. Lebih menyeramkan, rupanya kutu ni boleh mengunyah plastik dan kertas! Oleh itu, beras baru yang belum dikeluarkan dari plastik pun mestilah boleh dicemari kutu ini!

  1. Daun limau purut keluarkan aroma kuat yang boleh usir kutu beras ni. Simpan beberapa helai/tangkai daun limau dalam bekas beras kamu.
  2. Jika tak ada daun limau, guna kepingan asam keping pun boleh juga!
  3. Jika ikut petua nenek penulis, kamu juga boleh cuba selitkan beberapa tangkai cili kering dalam bekas beras.
  4. Selain bisa mengusir lipas dan serangga perosak lain dari kereta, kamu juga boleh manfaatkan daun pandan untuk beras. Masukan saja dalam bekas beras tersebut.
  5. Oh! Kayu manis pun boleh juga dan fungsinya sama dengan bahan-bahan seperti cili kering, asam keping, daun pandan dan daun limau tadi.

#4 Air Gula

Sumber: blogspot/jebateja

Air gula amat penting untuk menjimatkan masa dalam menyediakan minuman buat tetamu lebih-lebih lagi di musim perayaan yang bakal tiba nanti. Namun tak ramai yang gemar menyimpan air gula kerana katanya ia tak dapat bertahan lama.

Sumber: Pinterest
  1. Masak air gula seperti biasa.
  2. Setelah itu, masukkan satu sudu jus limau nipis dna masak hingga mendidih.
  3. Renihkan ia lagi selama 20 minit dan sejukkan.
  4. Simpan dalam botol bersih yang bertutup.

#5 Kelapa Parut / Santan

Santan dan kelapa parut adalah salah satu bahan yang paling sensitif dan cepat basi jika penyimpanannya diambil mudah.

Sumber: Pinterest
  1. Trik untuk simpan santan adalah dengan memasukkan sedikir garam kasar ke dalam santan tersebut.
  2. Kacau rata sebelum menyimpannya kembali dalam peti beku.
  3. Bagi kelapa parut pula, kamu boleh menggunakan cara yang sama iaitu menabur sedikit garam kasar atau menggumpal kelapa parut itu kepada bebola-bebola mini.
  4. Simpan gumpalan kelapa parut ke dalam bekas bersih bertutup sebelum masukkannya ke dalam peti beku (freezer). Confirm tahan lama!

#6 Pes Cili

Pes cili atau cili kisar ni biasanya orang buat sambal atau dijadikan bumbum untuk masakan bergoreng! Namun, konsistensinya yang berair itu membuatkannya tidak mampu bertahan lama dan mudah berbuih biarpun disimpan dalam peti sejuk.

Sumber: blogpsot/Fifi Tiez
  1. Gunting, buang biji cili dan basuh bersih cili kering tersebut.
  2. Rebus hingga mendidih sebelum mengisarnya dengan sedikir campuran minyak dan BUKANNYA AIR!
  3. Pes cili yang dibuat di rumah paling tidak akan tahan lebih kurang seminggu lebih sahaja kerana tiada pengawet. Namun jika nak pes cili tahan lebih lama dari itu, anda boleh simpannya dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti beku (freezer).

#7 Tauge

Tauge akan bertukar warna, tekstur dan menjadi masam jika disimpan terlalu lama.

Sumber: blogspot/superkiram
  1. Keluarkan dari plastik dan basuh bersih.
  2. Cari bekas bersih dan isikan dengan air. 
  3. Rendam tauge dalam air tersebut dan tutup rapat bekas tersebut sebelum simpan dalam beti sejuk.
  4. Campurkan sedikit jus lemon dalam air rendaman tauge tersebut. Jika tiada lemon, gantikan dengan secubit garam.
  5. Pastikan air ditukar setiap lima hari sekali.

#8 Pisang

Pisang memang lekas masak dan busuk kalau dibiar tersidai begitu sahaja.

Sumber: blogspot/kerismelayu86
  1. Gantungkan pisang di tempat tinggi agar udara bisa mengelilinginya.
  2. Cara lain untuk elak pisang cepat masak dan busuk, kamu boleh bungkuskan penghujung batangnya dengan plastik untuk menghalang udara masuk lalu mempercepatkan proses kematangannya.

#9 Halia/Lengkuas/Kunyit/Kunyit Hidup

Jika disimpan terlalu lama, halia, kunyit dan lengkuas bisa kering dan mengeras.

Sumber: PucukUbi.com
  1. Basuh bersih. 
  2. Tanpa menggupas kulitnya, cari balang kosong yang berisi air lalu rendamkan kesemua bahan itu tadi bersama untuk buatnya tahan lama. Simpan dalam peti sejuk agar ia kekal segar.
  3. Jika sudah dikupas, simpan sahaja dalam bekas kedap udara lalu masukkannya dalampeti beku (freezer).

#10 Sayuran Hijau

Sayur hijau yangberdaun terutamanya sering cepat layu dan melecur jika disimpan dalam peti sejuk tanpa sebarang balutan.

Sumber: inhabitat.com
  1. Keluarkan dari plastik. Tanpa mencucinya, balut sayur tersebut dengan kertas surat kabar. Namun, kertas surat khabar ini mungkin akan basah selepas tingga hingga empat hari kerana situasi yang lembab dalam peti sejuk, oleh itu, sila tukar balutan kertas sayur setiap 4 hingga lima hari sekali okay?
  2. Jika takmahu guna surat khabarr, kamu boleh cari beg plastik kedap udara (ziplock beg) yang boleh dibeli dari Daiso ini sebelum masukkan sayur tersebut yang telah siap dibalut tisu tebal.
  3. Satu lagi cara adalah merendam sayur dalam air garam selama dua hingga tiga minit. Kemudian, tos dan simpan dalam bekas kedpa udara sebelum dimasukkan ke peti sejuk.

#11 Ubi Kentang

Kentang mudah ditumbuhi kulat dan tunas jika disimpan basah tanpa ada pengaliran udara yang betul.

Sumber: Modern Farmer
  1. Simpan kentang dalam bekas berrongga seperti raga atau bakul agar ianya sentiasa kering.
  2. Jangan simpan dalam peti ais kerana ia akan buat ubi kentang yang telah dikupas menjadi lebam serta mempercepatkan proses pertumbuhkan tunas yang kemudian akan merosak tekstur ubi kentang tersebut. 
  3. Sila elak simpan bawang dan ubi kentang bersama kerana bawang mengeluarkan sejenis gas yang akan membuatkan ubi kentang cepat rosak dan mengecut! Manakala kentang pula akan rosakkan bawang.

#12 Tepung

Tepung agak sukar untuk basi atau busuk kerana keadaannya yang kering. Namun begitu, kadang-kala ia akan dijangkiti kulat beras atau mempunyai satu bau yang agak tidak menyenangkan jika disimpan terlalu lama.

Sumber: thebalance.com
  1. Sila simpan tepung dalam bekas kedap udara dan elak mencapur tepung baru dengan yang lama.
  2. Boleh juga simpan tepung yang telah siap dimasukan ke bekas kedap udara dalam peti beku (freezer).
  3. Pastikan konsidi tepung sentiasa kering dan tidak basah (terkena percikan air atau sebagainya).

Bonus!

Cara Buat Peti Ais Tidak Berbau

Sumber: Storify.com
  1. Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan di bahagian dalam penjuru peti sejuk. Ia akan bantu menyerap segala bauan hapak dalam peti sejuk. Untuk  mewangikan boleh perah jus lemon dalam cuka putih tadi.
  2. Tabur beberapa camca teh serbuk penaik (baking soda) dalam piring dan tempatkaannya dalam peti sejuk. Tutup pintu sehingga bau semakin hilang!
  3. Masukkan ketulan arang kecil dalam bekas dan letak ia dalam peti sejuk. Jangan lupa perlahankan suhu penghawa dingin dalam peti sejuk!
  4. Ambil sebesen air lalu titiskan tiga hingga empat titis esen vanila ke dalamnya. Kemudian, ambil tuala bersih dan celup ke dalam air campuran itu sebelum mengelap ruang dalam peti sejuk. Harum!

Selamat beramal!

RUJUKAN 1, 2, 3 & 4

BACA  7 Tips Temuduga Yang Wajib Anda Ketahui!