Sehari selepas perasmian majlis sukan gilang-gemilang di Stadium Negara tempoh hari, Malaysia selaku tuan rumah mendapat pelbagai reaksi serta komen positif daripada umum termasuklah para atlet yang bertanding ditemasya sukan berprestij itu.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia kini mendahului pungutan pingat dengan 16 pingat emas, 10 perak dan sembilan gangsa biarpun baru sahaja 7 hari bertanding menyaigi negara-negara Asean yang lain seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina, Laos, Brunei, Kambodia dan Timor Leste. Sukan SEA 2017 akan tamat pada Ogos 30 nanti.
Pungutan Mata Terkini Sukan SEA 2017
Sehingga semalam, Malaysia berjaya merangkul pingat emas menerusi acara Endurance (kuda lasak) di Terengganu di mana skuad Malaysia diketuai sendiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Skuad Wushu pula berjaya mendapatkan tiga pingat emas sejurus selepas atlet muda Mohd Rafiq Ismail merangkul emas dalam acaraWushu perseorangan lelaki di Sunway Pyramid.
Satu hari yang bersejarah buat skuad bola jaring Malaysia kerana bijak menggunakan strategi untuk merampas takhta kemenangan daripada Singapura dengan skor 65-41 di Stadium Bukit Kiara manakala, pasukan Ragbi pula dengan pencapaian yang membanggakan apabila turut mendapat pingat emas!
Skuad renang berirama lelaki juga tidak menghampakan, mengatur langkah mempersona sehingga menangkap hati juri yang diketuai Zylane Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei juga merangkul pingat emas.
Sebanyak 25 pingat emas lagi menanti untuk digenggam skuad atlet Malaysia sehingga 30 Ogos nanti termasuklah hari ini di mana, enam pingat emas untuk acara renang dan enam lagi pingat emas untuk direbut dalam acara Wushu. Ayuh sokong skuad Malaysia!