Pernah tonton filem Jab We Met?
Pasti anda teringat akan watak hero yang nerda memakai kaca mata bersama heroin cantik manis Kareena Kapoor.
Hero itu antara salah seorang bintang Hindustan yang kian menempa nama iaitu Shahid Kapoor. Bukan sahaja karier yang semakin meningkat naik, malah susuk tubuh ayah anak seorang ini semakin mengancam.
Shahid yang kini berusia 36 tahun tidak penat menayang six pack di akaun Instagram. Boleh dikatakan bentuk tubuh Shahid antara menjadi idaman lelaki-lelaki di gim.
Agaknya berapa banyak masa telah dihabiskan oleh Shahid di gim untuk mendapatkan bentuk tubuh sebegini?
Walaupun gemar berkongsi gambar tubuhnya yang seksi itu, Shahid juga sering memuat naik foto keluarganya terutama isteri tercinta. Dah lah hot, romantis pula tu!
Dalam perkembangan lain, Shahid bakal bergandingan dalam sebuah filem bersama Deepika Padukone dan Ranveer Singh.