Bila anda bercakap dengan seseorang, pasti anda melihat bibirnya, bukan? Tipulah kalau anda tidak perhatikan bibirnya. Cuba bayangkan kalau bibir kering, merekah, pecah-pecah pasti nampak tak cantik di mata. Anda pun jadi malu mahu bercakap, sudahnya tangan asyik menutup mulut sahaja. Bukan disebabkan mulut berbau tetapi masalah bibir yang agak ‘sadis’ menyebabkan anda langsung tiada keyakinan.
Jadi, selain mencuba rawatan pengelupasan, apa cara pantas untuk mengatasi bibir kering dan merekah ini. Kiranya ‘sesuatu’ yang mudah di bawa ke mana sahaja. Jawapannya adalah Lip Balm. Ya, lip balm terbaik yang boleh anda calit di bibir pada bila-bila masa.
Pilihan di bawah adalah antara yang paling the best setakat ini yang penulis gunakan juga.
#1 Laneige Lip Sleeping Mask
Lip Sleeping Mask, ianya digubal bagi menyediakan bibir dengan rawatan rapi khas, perlahan-lahan mengurangkan masalah kering, kulit tidak stabil pada bibir sepanjang malam untuk merealisasikan bibir licin dan lembut pada keesokan harinya! Penulis sendiri mengamalkan lip sleeping mask ini setiap malam sebelum tidur, penulis aplikasikan di bibir dan bila bangun esok hari, bibir anda kekal lembap, lembut dan tiada lagi masalah kusam.
Baca: Laneige Lip Sleeping Mask, Buatkan Bibir Anda Lebih Lembut & Gebu
#2 Burt’s Bees Lip Balm
Rasanya kalau anda nak cari produk bibir khusus kepada lip balm, Burt’s Bees antara yang terbaik. Kenapa? Campuran botanical wax dan shea butter terkenal dengan manfaatnya untuk bibir kering. Tetapi apa yang membuatkan ramai kagum dengan produk ini adalah kelembapannya. Walaupun selepas 3 jam, tetapi bibir masih terasa lembap dan lembut selama beberapa jam selepas itu.
#3 Clarins Daily Energiser Lovely Lip Balm
Clarins Daily Energiser Lovely Lip Balm memberi kesegaran, kelembapan pada bibir bahkan memperbaiki bersama jika anda mempunyai bibir yang bermasalah. Salah seorang penulis di Wanista yang menggunakan lip balm ini berpuas hati kerana ia memberi kelembutan pada bibir dan bau istimewa dari buah pic.
#4 Fresh Sugar Rosé Tinted Lip Treatment
Sama seperti Burt’s Bees, Fresh juga mempunyai pelbagai pilihan untuk lip balm tetapi yang mendapat perhatian dan review terbaik adalah Fresh Sugar Rosé Tinted Lip Treatment. Lip balm ini menawarkan perlindungan SPF 15, khasiat tambahan dan mampu melembutkan bibir, bukan itu sahaja memberikan bibir semulajadi merah jambu yang ketara. Tak perlu lagi menambah lip tint mahupun lipstick.
#5 Maybelline Baby Lips
Sentiasa dalam koleksi penulis. Maybelline Baby Lips bukan sahaja digunakan wanita malahan lelaki juga. Lip balm ini mengandungi SPF 20, akan melindungi bibir dari bahaya sinaran UV. Formula ini mampu melembabkan bibir selama 8 jam dan dapat menegangkan bibir. Jadi, bibir anda akan berasa lembut dan tidak berkedut.
#6 Omorose
Untuk pengetahuan anda, rangkaian kosmetik OMOROSE ini adalah vegan sepenuhnya. Ianya langsung tidak mengandungi sebarang pengawet, bebas paraben, dan Phenoxyethanol. Jadi, tidak hairanlah kenapa produk ini menjadi pilihan para selebriti A-list.
#7 Nivea Lip Care
Menariknya, Nivea Lip Care mengandungi SPF 15 yang akan melindungi bibir dari pelbagai jenis kerosakan. Lip balm ini akan mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir serta memulihkan warna asal bibir.
Baca: 9 DIY Lip Balm Mudah Boleh Anda Buat Sendiri
Produk-produk ini boleh didapati di drug store terpilih. Dapatkan sekarang dan tiada lagi masalah bibir rosak.