Hiburan

Sempena Hari Jadi, G-Dragon Derma Ribuan Ringgit Untuk Mangsa Pelarian Perang

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Sempena Hari Jadi, G-Dragon Derma Ribuan Ringgit Untuk Mangsa Pelarian Perang

Selamat Hari Jadi G-Dragon!

Sempena hari lahirnya yang jatuh pada hari ini, 18 Ogos, G-Dragon telah mendermakan sebanyak 81.8 juta won (kira-kira $71,700) kepada UN Refugee Agency (UNHCR) untuk membantu pelarian di seluruh dunia akibat perang dan keganasan.

Dilaporkan setiap tahun G-Dragon telah membuat sumbangan pada ulang tahunnya untuk orang sakit dan kurang upaya, malah telah menggalakkan peminatnya mengikuti contohnya melalui akaun media sosial.

“Saya mahu kita hidup dalam dunia yang aman. Ia sangat menyakitkan hati saya melihat kanak-kanak melarikan diri dari perang dan keganasan. Saya mahu membantu menyediakan tempat bagi mereka berehat seketika. Perdamaian tidak tercapai dengan hanya memikirkannya tetapi dicipta dengan usaha.”

Foto – Tumblr

Wahhh mulia sungguh hati GD. Ini yang membuatkan peminat bertambah sayang dekat GD….

SUMBER