Alangkah gatalnya tangan tu hendak meraba-raba muka setiap kali kulit wajah ditumbuhi jerawat. Lebih-lebih lagi ketika hormon tidak menentu saat datang bulan.
Hmm.. penulis faham sangat dengan perasaan anda. Memang geram betul bila lihat jerawat bermaharajalela di wajah kita. Muka dah elok bersih dijaga rapi, tapi bila jerawat datang ‘menyinggah’, habis rosak penampilan diri dibuatnya!
Meskipun keadaan itu boleh dilitup dengan solakan, ia tetap membuatkan hati kita tak tentu arah lalu tangan terus memicit jerawat tersebut dengan harapan ia akan hilang serta-merta.
Tetapi, berapa ranai yang tahu bahawa memicit jerawat ini akan membawa lebih banyak keburukan?
Wanista senaraikan beberapa sebab kenapa memicit jerawat itu adalah perkara paling teruk untuk dilakukan dalam kehidupan seharian.
#1 Lebih banyak kuman masuk ke kulit
Geli tak? Bila anda memicit jerawat yang mengandungi kotoran seperti nanah dan darah itu, secara umumnya anda sebenarnya akan mengundang lebih banyak kuman apabila jerawat itu pecah nanti.
Ingat, tangan dan jari-jemari adalah tempat pembiakan bakteria paling banyak! dalam sehari macam-macam benda yang dipegang dan disentuh oleh tangan. Sebab tu kita tak digalakkan menyentuh muka dengan tanganatau jari, apa lagi memicit jerawat. NO!
#2 Parut, parut, parut!
Jerawat boleh muncul dan hilang dengan sendirinya namun menurut pakar kulit, radang teruk akan berlaku pada kawasan kulit selepas anda memecahkan jerawat. Parut hitan juga akan kekal lama pada kulit sebelum ia pudar dari masa ke masa. Mungkin boleh makan masa dari sebulan hingga dua bulan.
#3 Anda akan menyesal
Penulis selalu menyesal sebab picit jerawat. Kalau tahu rupa wajah akan nampak lagi buruk bila berparut, mesti penulis akan biar je jerawat tu sampai dia hilang sendiri atau pecah sendiri.
Oleh itu, elak memicitnya kerana anda mungkin menyesal dengan perbuatan anda tu. Lebih-lebih lagi bila anda memicit jerawat yang masih merah dan belum masak. Tak akan ada apa-apa yang keluar melainkan darah dan kulit jadi luka kerana anda gunakan jarum untuk menyucuknya kan? Tahu tak kat jarum tu pun ada kuman? Eww!
#4 Solekan buat jerawat bertambah teruk
Memanglah ramai orang rela tutup jerawat dengan mekap sebab nak nampak cantik! Tapi tekniknya perlulah kena pada gaya. Jangan sesekali litup mekap seperti foundation atau concealer atas jerawat yang baru pecah. Itu hanya akan mengeruhkan keadaan, membiak kuman diseluruh muka.
Anda dah tenyeh berus foundation pada jerawat luka tadi lepas tu anda guna berus yang sama di seluruh bahagian wajah lain. KUMAN OKAY! Memang lagi banyaklah jerawat yang tumbuh lepas ni.
#5 Guna cara betul picit jerawat
Boleh picit jerawat, tapi kena guna cara betul dan pastikan anda memicit jerawat yang sudah nampak matanya.
Macam mana nak tahu jerawat dah masak? Jika ada titik kuning atau putih di tengah-tengah jerawat tersebut.
Sebelum memicit, basuh bersih wajah dan gunakan kepingan kapas untuk memicit dan tolak isi jerawat keluar.
Jangan guna jari kerana kuku akan lukakan lapisan kulit yang akan sebabkan parut berkudis nanti. Picit keluar habis sampai tiada nanah dan darah. Apabila hanya air jernih yang keluar, itu tandanya jerawat anda sudah kosong.
Buang kapas kotor dan cuci tangan sebersihnya. Lembabkan kapas bersih dengan air panas (jangan terlalu panas) lalu tekapkan pada kawasan jerawat tadi untuk matikan lebihan kuman yang tertinggal.
#6 Kulit randang dan bengkak
Kulit bahagian jerawat yang baru dipicit tadi akan terasa bengkak dan pedih namun anda boleh balut ketulan ais dalam tisu untuk dituam ke kawasan jerawat pecah tersebut. Ia akan bantu kurangkan bengkak dan radang. lakukan selepas anda menekap dengan kapas air panas tadi.
#7 Kulit jadi berkerak dan kering
Susah nak tutup jerawat sampai tak nampak langsung dengan mekap kan? Tapi bila kulit dah berkerak dan berkudis macam ni lagi parah nanti. Lagi susah anda nak tutup dengan foundation atau conceler kerana akan nampak bercapuk. Jadi hati-hati semasa mahu memicit, jangan guna kuku atau barang tajam kerana takut luka dan parut berkudis begini akan terjadi. Sebaiknya tolak guna kapas dengan tekanan yang tidak terlalu kuat.
#8 Tona kulit jadi tak sekata
Kulit wajah adalah bahagian kulit paling nipis dan sensitif, jika anda picit terlalu kuat, kulit akan menghasilkan lebam di sekitar jerawat tersebut. Untuk pengetahuan semua, lebam itu akan buat buat warna kulit nampak tak sekata dan makan masa untuk hilang yang kadang-kala memerlukan hampir setahun hingga dua tahun untuk betul-betul hilang!
Hati-hati dan berhenti picit jerawat kalau tak mahu kulit rosak.
Selamat beramal! ❤️